Tuesday, August 31, 2010

53 tahun Merdeka...21 tahun kehilangan

Ari ni genap 53 tahun negara kita merdeka. Dah terlalu banyak kemajuan, pembangunan, kejayaan yang kita kecapi. Beruntung kita kan sebagai anak malaysia ni, kita hidup aman damai...xde kucar kacir macam negara2 yang lain yang rakyatnya terpaksa berhadapan dengan segala bagai masalah, lebih2 lagi masalah bencana alam nih. Adoiii kita ni beruntung sangat di lahirkan di sini, segala kemudahan infrastruktur dari jalan raya hingga lebuh raya, kemudahan awan - bus, LRT, ERT Komuter dah jadi kemudahan asas selain dari kenderaan sendiri. Negara kita jugak dah banyak bangunan2 pencakar langit, yang sekarang aku tengok berlumba2 bangunan sapa yang paling tinggi. Nak masuk jugak buku The Genius Book of Record. Banyak lagilah kelebihan yang dah atau sedang kita kecapi kini, kira negara kita ni setanding dengan negara maju yang lain.

Tapi aku masih tak faham, kenapa masih ade segelintir rakyat yang masih tak berpuas hati dengan setiap kemajuan yang kita kecapi kini. Negara makin maju tapi cara pemikiran segelintir rakyat ni masih lagi di tampuk yang lama, orang sekarang cakap tak up to date tuh laaaa. Ada jugak yang masih tak berpuas hati dengan cara pemerintahan pemimpinan2 kita plak. Masalah ni pulak lebih berbau kepada masalah politik...idaklah aku campur hal2 macam ni. Yang penting aku masih lagi rakyat malaysia, dan akan sentiasa menyokong kepimpinan yang menjurus ke arah pembangunan masyarkat.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun ke 21 tahun kematian arwah mama. Lama kan aku hidup tanpa mama, sejak dari umur 9 tahun lagi. Aku tak penah rasa kehilangan mama, mungkin kerana aku lebih rapat dengan papa. Aku tinggat lagi, mama meninggal coz sakit 3 serangkai. Waktu tu pun umurnya dah agak tua, mungkin dlm lingkungan 50an jugak. Arwah mama melahirkan aku ketika umurnya dah 40an jugak, agak tua untuk mengandung lagi...tapi dah rezeki takkan nak tolak pulak.

Arwah meninggal waktu asar, selepas seminggu terlantar sakit. Adik beradik aku memang dah dipanggil balik waktu tu. Semasa orang semua nangis kehilangan mama, aku pun nangis samalah...aku tau yang mama dah takde lagi. Tapi lepas tu aku boleh pegi main2 dengan kawan2 yang datang bertandang dengan makpak diorang. Ada jugak abang2 aku suruh baca Surah Yassin tapi waktu tu aku baru baca mukadam, merangkak jugaklah aku nak baca sampai abis surah tu, segala tajwid aku langgar jer.

Sepatutnya aku rasa sedih waktu tu, tapi aku macam happy sangat coz orang ramai dekat umah tuh. Dari kecik lagi aku tinggal hanya dengan makpak aku jer, so bila ramai orang dkt umah mestilah rasa sonokkan. Walhal masa tu, sepatutnya aku bersedih, tahlah mungkin waktu tu aku terlalu kecik untuk mengerti erti kehilangan terutama sekali ibu sendiri.

Selepas arwak mama meninggal, bapak aku mengamanahkan adik perempuan dia untuk menjaga aku. Bapak aku still tak confident untuk menjaga aku lagi ketika tu, selama ni mama jer yang selalu menguruskan aku. Aku tinggal umah makcik aku dari umur 9 tahun, selepas saja mama meninggal sampai umur 12 tahun. Sepanjang waktu tu, papa tak penah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai ayah, dia tetap memberi aku duit belanja sekolah, menanggung makan minum aku...datang tengok aku setiap minggu. Aku tak penah rasa tersisih dari kasih sayang bapak aku, sehinggalah aku sendiri yang nak balik tinggal dengan papa.

Masa aku tinggal dengan bapak aku, dia menjaga aku dengan baik sekali. Bangun pagi bapak kejutkan, bfast bapak siapkan, pegi sekolah bapak hantarkan, balik sekolah bapak jemputkan, makan lunch bapak masakan, mengaji pegi sendiri kadang2 jer bapak antar tapi balik confirm bapak jemput, makan malam bapak belikan kadang2 tu masak sendiri jugak. Yang pasti aku tak penah pun masuk dapur walau sekadar nak masak air...semua bapak buatkan. Mujurlah aku masih pandai masak air, masak goreng sayur belajar dari makcik aku. Tu pun makcik aku takut2 jugak nak ajar aku masak, alasan takut bapak aku marah dia muahahaha. Makcik aku pun memang takut sangat dengan abangnya yang garang tuhhh.

Sejak dari itu sampai sekarang, aku masih di bawah tangungan bapak aku. Dan selama itu jugaklah bapak aku tak penah mencari penganti mama. Dah banyak saudara mara, kawan2 yang recommend kan dia dengan perempuan lain, tapi alasan dia tetap satu;

Adalah perempuan2 tu mampu menjaga anak2 aku, macam aku menjaga anak2 aku sendiri...?!!

Bapak aku takut anak dia tak terbela bila dia kawin lain. Lagipun masa aku kecik2 dulu, mmg aku tak suka bapak aku kawin lain dengan alasan mak tiri jahat...pengaruh tv kuat nau waktu tu. Tapi sekarang aku tak kisah klu bapak aku nak kawin lagi, sekurang2nya nanti ada jugak orang yang boleh menjaga makan minum dia. Dah bapak aku tak mau, tak bleh nak buat apa lah kan.

Bapak akulah orang yang paling aku sayang dalam dunia nih. Bapak aku jugak lelaki paling setia yang penah aku jumpa.

ya Allah ya Tuhan ku...peliharalah kesihatan bapa ku, peliharalah segala amal ibadat nya kepada Mu.
ya Allah ya Tuhan ku...peliharalah roh ibu ku, tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman.
Amin ya robil alamin

2 comments:

Anis Azalea said...

sedih jap nok,...org yg masih hidup keliling kita ni, mmg wajibla kita syg dan ambil berat. aku insaf.

Mimy Hamid said...

sedihhh..sob sob...lap air mata...hargai la apa ada depan mata