Saturday, August 21, 2010

Selamat semuanya

Hari pengkebumian nenek yang tercinta. Selepas mandikan dan disolat jenazahkan di surau senawang jaya, jenazah dibawa pulang ke jelebu untuk dikebumikan di sana. Jelebu adalah tempat asal arwah nenek dan arwah datuk jugak di kebumi di sana.

Selepas sampai, disembahyangkan semula bersama2 dengan saudara mara and orang2 kg pulak. Arwah nenek mmg orang sejati jelebu, so dah tentulah ramai orang2 kg yang kenal dengan arwah. Saudara mara yang memang tak dapat datang ke seremban, setia menunggu di kg selepas mendapat tahu yang jenazah akan dikebumikan di sana.

Menunggu jemaah selesai sembahyang jenazah...sebelum upacara pengkebumian.

Akhirnya jenazah selamat di kebumikan di tanah perkuburan, triang jelebu. Dikebumukan bersama2 dengan arwah datuk dan arwah pakngah. Semoga roh mereka di cucuri rahmat.

Ya Allah ya Tuhan ku
Selamatkanlah nenek ku dari seksaan kubur, lapangkanlah kuburnya, ampunkanlah segala dosa2 nya. Sesungguhnya Kau maha pengasih lagi maha mengasihani.
Amin...

No comments: