Sunday, August 22, 2010

Tinggal umah usang

Selepas anak adam meninggal dunia, yang tinggal hanya amal ibadan dan doa anak2 yang soleh sahaja yang boleh melepasi seksa kubur. Harta duniawi tidak menjamin apa2. Adoiii sentimental lah plak aku pepegi sebelum subuh ni. Ni sebenarnya peringatan agar aku beringat sentiasa, tak lalai walau kealpaan tu mmg tetap ade. Harta yang tinggal, pepandailah waris2 yg diamanahkan untuk menjaganya.



Selepas selesainya upacara pengkebumian nenek, kami ahli keluarga singgah dkt umah peninggalan arwah. Tak taulah lepas ni aku akan balik ke sini atau tidak. Dah takde ape lagi yang tinggal dkt kg ni. Klu ade saudara mara pun, tu aku tak berape nak biasa sangat, so keinginan nak balik tu mungkin berkuranganlah lepas ni. Balik umah arwah ni pun, just nak tengok rumah jer. Rumah ni pun dah usang, maklumlah memang umah lama. Takde orang tinggal dkt umah ni selepas arwah nenek duduk dgn anaknya dkt senawang. Saudara mara sebelah menyebelah lah yang sentiasa menjaga umah ni.

Banyak kenangan dkt umah ni, walaupun aku tak selalu balik kg sejak dari kecil. Dari kecik lagi aku dah takde mama, so aku lebih rapat dengan sebelah bapak aku. Lagi pun makcik2 sebelah bapak aku yang menjage aku semenjak arwah mama aku tiada sampailah sekarang, majlis kawin aku pun diuruskan olah makcik aku jugak. Kira dia orang kuatlah dalam majlis ni, bapak aku plak jadi financial supporter terbesar dalam majlis ni. Maklumlah anak bongsu aka anak manja nak kawin kan.

Berbalik semula pada cerita umah arwah nenek aku tadi, rumah aka tanah tapak rumah ni telah menjadi kepunyaan makcik aku aka anak perempuan arwah yang kecik sekali. Dah menjadi adat resam orang negeri, harta peninggalan makpak akan jatuh ke tangan anak perempuan yang paling bongsu. Harap makcik aku dapatlah menjaga umah dan yg penting menjaga tanah peninggalan ni sebaiknya.

Rumah ni pun mmg dah terlalu lama rekaannya, lantai tingkat atas pun dah banyak yang lapok. Kira shrek mmg dah tak bleh naik, silap hari bulan mau runtuh umah ni.

No comments: