Monday, September 20, 2010

1st day at work

Adoiii orang still sibuk dengan mood raya tapi aku dah merangkak pegi kerja ari nih... Ikutkan ati malas nak pegi keje, tapi bila pikir balik...lagi bosan duduk rumah sorang2. Baik pegi keje, ada gak kawan2 boleh borak2.

Perjalanan nak pegi keja...memang syurgalah. Tak jam langsung, dengan selamba katak aku kluar umah kol 7.30am...still boleh sampai office sebelum kol 8am. Klu setiap ari macam ni kan bagus, takdelah aku nak kene bangun kol 5.30am setiap ari + kene kluar umah kol 6.45am. Jadi kena menikmati saat2 3 hari ni (isnin, selasa & rabu).

Sampai tempat kerja, ada masalah nak cari tempat nak bfast plak. Dalam 3 hari ni, mamak dkt bawah office aku ni mmg fullhouse dari pagi sampai petang gamaknya. Yang best nya tuh, siap tanya;

"Kak, berapa lama lagi nak bangun...?!!! Ada orang mau duduklah kakak"

"Ai baru duduk lah aneyyy...order pun belum lagi. U ambik order sekarang"

"Ayo kak, banyak sorry. Saya cari lain meja. Kakak mau makan apa?!!"

Tu pun bila dah dapat makanan, makan sepantas kilat jugak lah...tak sampai ati ko tengok orang berdiri dekat luar kedai tunggu meja kosong. Buat duit betul mamak dalam minggu nih.
Ari keja pun mcm tak keja jer...email pun tak banyak nak kene jawab menjawab. Kurang dari 20 email aku dapat ari nih...syokkk habis. Yang banyak keja nya aku ari ni, berjalan dari meja ke meja...sembang2 pasal sambutan hari raya kawan2 sampailah waktu lunch.
Haaa ni yang menarik sikit, ari ni plan nak lunch dkt Ikea. Planning ni dah buat sebelum aku dengan my gf cuti raya lagi. Maksudnya plan ni dah buat dalam bulan puasa lagi. Tepat kol 12.30 dah cabut g Ikea, syok jalan tak jam langsung tapi Ikea still penuh orang jugak.



Windu makanan2 dekat sini xpecialy the cake


Wah...meja ni still available lagi. Untuk orang yang baru nak idup berdua macam aku ni, bolehlah beli meja macam ni ye dak... Cuma kerusi tu mcm kena cari yang agak kukuh sikit untuk shrek. Maklumlah bakal laki ku tu besau orangnya. Tapi korang rasa kerusi tu kukuh ker ha...?!!

2 comments:

Eri-chan said...

kukuh kot..takpun ko beli satu kerusi kayu khas utk dia aje..KHAS!

Ann Ishak said...

KHAS....
shrek, sila kurangkan kebesaran perut ko tu