Wednesday, September 29, 2010

2 months, 3 weeks and 5 days


Adoiii pening kepala bila pikir2 pasal wedding ni. macam2 nak kena buat, beli, tempah bagai...klu tak buat tak boleh ker ha...?!! sekarang ni tak rasa sangat penat tu, tapi tunggu sat lagi no huallawee boleh pitam babe.



Bila aku tengok entry Mimiey Hamid, cuak ko...semuanya dah in planning. aku plak planning memang dah ada tapi tak jalan2nya lagi. tah bilalah aku nak full swing buat semua bende nih. siap pukul canang, tapi semangat nan ado jugak.



Antara planning yang dah plan, tapi tak complete lagi;



1. Kursus kawin - DONE (sijil dah dapat)



2. HIV test - DONE (confirm boleh kawin)

nowadays semua negeri telah diwajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum berkahwin dan menjadi syarat2 wajib dalam form nikah nanti.



3. Ambik borang nikah / submit dekat kariah perempuan - borang dah ambik, borang shrek dah pun complete, tinggal nak submit ke jabatan agama kl jer. dah penah hantar dalam bulan puasa ari tu, tapi kadi hold dulu...borang nikah kena hantar dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah. masa shrek antar tu ade lagi 4 bulan sebelum tarikh nikah.

aku punya borang pun dah complete tapi tak boleh submit selagi borang pihak lelaki tak settle lagi.



4. Booking tarikh nikah / majlis sanding - nikah 24/12, jumaat sebelah malam, majlis sanding on the next day 25/12



5. Booking photographer - dah booked officemate aku, skang tengah tunggu quatation.

segala kerja2 photo yang aku nak, semuanya dah settle dengan dia ni, so ko tau kan nak buat macam mana...



6. Diet - ni susah sikit, dan2 text pun lain color ek. aku dah mula start diet dari bulan puasa ari tu, adalah penurunan buat setakat ni tapi shrek ni payah lah. badan makin naik, bukan makin turun...tu ha perut tu bulat sangat.



7. Butik pengantin - dah confirm nak ambik baju lace, tambahan2 yang lain jugak dah confirm seperti baju untuk sepersalinan, set bilik tido, set mini pelamin untuk akad nikah, meja makan beradap & segala accessory tambahan. yang penting payment dah start berbayar separuh dari kos yang sebenar.



8. Wedding card - dah booked, bayar deposit rm50 dulu. balance clear masa card siap nnt. yang tinggal cuma gamba untuk card, map dah final. hopefullay korang semua taklah sesat nnt ek.

9. Spa - dah confirm tempat dan product, tapi tak booked apa2 lagi. survey dkt tempat tu pun belum lagi.


10. Pengapit - bagi pengapit perempuan, aku paksa rela (tapi suka jer minah ni) anak buah sendiri jer. bagi pengapit lelaki plak, sama ade boypren anak buah aku or sepupu shrek. baju untuk pengapit dah confirm color dengan photographer, cuma kain tak beli lagi. korang sebagai pengapit...di arahkan berjumpa sembah dengan photographer nnt, ada taklimat tentang kerja2 yang harus mesti pengapit buat bila berada di atas pelamin muahahaha hebat korang.



10. Kompang + terinai - dah booked, org2 kampung sendiri jer. payment tak confirm lagi.



11. Live band - mula2 plan nak ambik live band untuk malam and karok untuk siang hari tapi tak approved oleh pak haji ishak. so terpaksa tolak karok tapi maintain live band malam ker siang. joget lambat dimulakan oleh pengantin nnt. live band dah booked, payment tak confirm lagi.






12. Menu makanan - ini urusan pak haji ishak + makpak cik + adik beradik, aku tak campur langsung.






13. Khemah/kerusi/meja including khemah/kerusi/meja untuk VIP - anak saudara sepupu dah booked, payment tak confirm lagi. susun atur khemah masih dalam perbincangan, maybe nak kena ratakan tanah dl. tunggu sepupu contack jintolak tanah plak.



14. Gift - ada 3 jenis gift

1) VIP gift dah confirm design, tunggu nak pegi tempah dkt Perak. dah booked the date & payment.

2) Normal gift dah confirm isi perutnya, tunggu production jer lagi. mostly buat sendiri.

3). Child gift dah confirm sponsors by kak jay...kakak ku. terpulang pada dia nak letak apa untuk budak2 nih.






15. Hantaran - yang ni jer aku belum beli apa2 pun lagi...adoiii. tapi takpelah ek, hantaran ni mostly barang2 untuk pengantin jer..so maybe ada or maybe not lah. yang penting mas kawin, duit hantaran & sirih junjung ikut adat.






16. Baju nikah - dah tempah, skang tunggu masa untuk fitting sekali lagi.






17. Deko hantaran - dah confirm dengan kawan aka dato'. untungnya shrek ramai kawan andam2 nih.






18. Tema kawin - dah confirm dari segi warna & concept.






19. Bunga telur - tengah survey2 lagi. beli ready made jer. yang penting ikut tema.






20. Roset - tengah survey2 lagi. beli ready made jer. yang penting ikut tema.






Wah...bila tengok balik, panjang plak listnya kan...tapi ko ingat senang nak nyusun semua ni. siap dah berkampung semua orang...skang dah tau setiap tugas memasing.






Korang mesti pelik kan dalam list aku tu, banyak sangat yang payment tak confirm lagi. tu semua bukan apa, dealing with kawan2 saudara mara sendiri jer...hopefully boleh dapat harga murah.

7 comments:

Anis Azalea said...

giler panjang list..

Ann Ishak said...

cube untuk nak pendekkan list

Mimy Hamid said...

org kawen bulan 12 dah siap sumer..huhu bulan 11?? tgh blur la

Ann Ishak said...

tak siap lagi mie...still in progress lagi nih.
don't worry, jgn stress mie...semua akan settle nnt

NeenaAnuar said...

aku sangat2 memahami perasaan mu! nak kawinn memang gilerrr punyer pening! huhuhu.. btw, all the best! insyallah semuanyer akan berjalan ngan lancar! :D

Ann Ishak said...

neena - klu u nampak ai ala2 blur tu...pepaham jerlah. kadang2 tu kepala focus benda lain

Ibu Piya said...

pjg berjela list akak..eheheh xpe slow2 buat..harap smua berjalan lancar ye...