Thursday, September 16, 2010

Pertemuan BFF - episod 4

Tak abis lagi hidangan kitorang malam tu, ni ha hidangan yang terakhir...ikan masak steamed, sedap ko masam2 pedas. Tapi sayang hidangan ni datang lambat sangat, semua dah kenyang tapi sayang plak klu tak habiskan...mahal ko membayarnya, so mari kita abiskan bersama.

Kan aku dah kata, mesti boleh abis punya ikan tu...sedap punya pasal kan. Memang licin sampai tulang pun dah tak nampak lagi. Gosip time, lepas makan kenyang2...kini tibalah masa untuk mengumpat plak. Pempuan lah kata, klu tak mengumpat tak lengkap perjumpaan nih. Bukan ngumpat apalah, cuma meng-hapdate perkembangan diri masing2. Walaupun BFF tapi we olsss semua ni jarang2 berjumpa, bila adanya pertemuan macam ni...barulah seronok nak bersembang macam2 citer.



Yang seronoknya kedai ni tutup lambat, so we olsss boleh lagi sambung lepaking lepas makan. Dah biasa kena halau coz suka nau lepaking lelama. So moral of the story, cari tempat yang tutup lambat okay...takdelah asyik kena halau jer.

Aku tak ingat apa isu semasa yang we olsss dok citer masa ni cuma, aku memang suka masa2 ni. Seronokkan bersama kawan2 bercerita tentang diri masing2, berkongsi masalah bersama, ketawa, sedih, muka berkerut segala bila bercerita. Nak ikutkan ramai lagi anggota kumpulan ni, tapi sayang...mungkin keadaan yang membuatkan semuanya semakin menjauh. Tak pasti pulak sama ada menjauhkan diri atau terjauh diri, tapi kemesraan tu dah semakin jauh...dan lebih menyedihkan tu lebih banyak hipokritttooo nya dari ikhlas. Memang tak best berkawan macam ni, nampak nau ketidakikhlasan hati tu.

Pada aku, keikhlasan dalam bersahabatan tu memang penting. Harap kawan2 aku sekarang akan terus ikhlas meneruskan persahabatan ni sampai bila2. Takmolah berpura2 baik di depan, tapi kutuk2 di belakang. PEACE NO WAR kay...!!!

Gelak gembira mcm ni kan bagus...kita semuanya sama jer, bukannya baru kenal semalam

No comments: