Monday, September 27, 2010

Sebulan keluar tapi 4 kali dah masuk bengkel

Atas permintaan, aku pegilah meneman my gf to Proton Show Room & Service at Jalan Sg Besi nun untuk tukar hon kereta. My gf ni baru jer keluar Persona SE, tak sampai sebulan pun usia kereta tuh. tapi walaupun tak sampai sebulan, kereta ni dah 4 kali keluar masuk pusat service yer. problem nya...tekan2 hon tak berbunyi. kereta takde hon mane boleh tahan nok, takkan ko nak jerit2 dkt kereta orang kot.

sebelum ni kereta ni pernah alami masalah yang sama tapi dah tukar baru hon tu. alih2 lepas raya ni plak, jadi balik masalah yang sama - hon tak berbunyi langsung. lebih balik bawak pegi pusat service semula, kan under warranty lagi. klu dah 2 kali masalah yang sama berulang, walhal dah tukar hon baru...atas penilikan ku lah, mesti ada masalah dengan wire2 dkt hon tu sendiri. ape kes nak tukar hon lagi klu lepas tukar nnt, hon tak berbunyi jugak kan.

ni lah agaknya yang dok heboh2 tu...promotion sempena hari malaysia tuh, tah lah tak sempat nak interview pun SA tuh



kereta yang nak kene masuk bengkel semula...tinggal yer, petang nanti tuan ko datang ambik balik kay

akhirnya siap jugak kereta tu petang tu jugak, takdelah sampai overnight dkt bengkel. kali ni hon dah ok, hopefully okay lah selamanya. gf aku ni dah tak larat nak dengar laki membebel pasak kereta nih. tu lah, ai dah suruh ambik cik CT, u takmo hihihihi

No comments: