Saturday, September 4, 2010

Tangisan Gaza Palestin

Tentu korang ingat lagi pasal peserta konvoi marmara ke gaza yang mane kapal tu telah di tawan oleh tentera israel dalam misi kemanusiaan untuk menghantar bekalan ubat2an kepada mangsa2 di gaza sana. Memang israel ni ni sejahat2 manusia kan, sentiasa rasa diri tu besar dah berkuasa ke atas tanah islam yang lain terutama sekali negara jiran2 tetangganya sendiri.

Teruja rasanya bila dapat tahu opis akan menganjurkan talk bersama Sardara Abd Halim Redzuan, salah seorang peserta Konvoi Marmara ke Gaza. Talk kali ni juga di pimpin olah Ust Ridzuan Mohd Noor. Memang ramai staff yang memenuhi surau pada hari yang di janjikan untuk mendengar sendiri pengalaman seorang yang penah menjadi tahanan tentera israel.

Talk dimulakan dengan ucapan alu2an dari pengurusi majlis dan diteruskan dengan talk oleh Saudara Abd Halim Redzuan. Dia menunjukkan setiap rakaman yang berjaya di sembunyikan semasa dalam tawanan tentera israel. Rakaman itu bermula dari persiapan untuk berlayar sehinggalah saat2 yang paling getir di serang oleh tentera israel dan sehinggalah mereka di bawa ke penjara.

Melalui rakaman tu, dapat aku lihat dengan jelas segala kekejaman yang dilakukan olah tentera2 israel tu. Memang kejam ko, terlalu kejam dan tak berperi kemanusian. Ingat satu rakaman tu, semasa tentera2 israel hendak menyerang kapal yang membawa bantuan2 kemanusiaan tu di serang, tentera2 ni telah mengepung kapai tu. Banyak bot2 laju yang mengepung di sekeliling kapal tu dah telah di sedari oleh captain kapak tu sendiri. Aku tak ingat nama capt kapal tu, tapi dia telah memberitahu mereka2 yang berkenaan tentang kemunculan bot2 laju tuh. Semua orang2 lelaki yang gagah perkasa ditempatkan mengelilingi kapal untuk menghalang askar2 isreal tu dari naik ke kapal. Sambil tu mereka melaungkan laungan "Allah hu Akbar" sambil diselang seli dengan azan. Memang betullah kata orang, orang2 isreal ni memang takut dengan laungan Allah hu Akbar dengan azan tu. Bile diorang dengar laungan tu, mereka tu semua terus jauhkan diri dari kapal tu. Tapi dah kate serangan dari setiap penjuru, bukan takan serangan di air, tapi di udara jugak. Heli2 yang banyak mengelilingi kapal tu telah telah berjaya menawan kapal tu secara langsung. Dari situlah bermulalah sesi tawanan tentera isreal ke atas kapal Marmara dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Talk tu berlangsung selama sejam tapi aku rasa macam tak cukup masa jer. Terima kasih pada BIM kerana menganjurkan talk ni.

No comments: