Friday, October 8, 2010

1st day d hari raya

Entry ni saja aku tunggu last2 raya baru nak keluarkan, seronok sangat baca entry raya korang dengan macam2 gaya cara menyambut 1st day hari raya.

Bagi aku sekeluarga, sambutan tetap sama macam tahun yang sudah2. semua adik beradik akan berkumpul dekat rumah pak hj sehari sebelum raya lagi. kiranya masak and berbuka puasa bersama2. semua anak2 pak hj wajib berada di rumah sebelum waktu berbuka puasa lagi coz pak hj cakap, mak hjh korang nak tengok semua anak2 and cucu2nya berkumpul sebelum "di panggil semula". kadang2 tu culas jugak aku ni memanjang sampai lepas berbuka, lepas tu sepanjang perjalanan tipon tak berhenti berbunyi tanya dekat mana.

Malam raya biasanya tak buat apa2 dah, semuanya dah siap masa waktu siangnya. cuma nak menambah2 yang tak cukup saja. budak2 yang seronok dapat main bunga api segala, orang tua2 duduk melepak jadi penonton sambil monitor budak2 ni. yang anak darasss pulak sibuk tengok tv, ater macam2 rancangan tv di malam raya. mak2 plak sibuk siapkan segala kelengkapan baju raya segala dengan nak gosok bajulah, cari butang bajulah, cari samping lah. aku pulak memang dah siap dry clean baju raya so tak payah nak gosok2 lagi...dah jadi amal ibadan setiap tahun.

Juadah in progress, makan2 ramai atas tikar jer...tak muat dah meja makan

Pagi raya pulak lagi satu hal, rumah pak hj ni biasalah rumah kg kan bilik ayak tak banyak. setiap kali nak mandi memang kena ambik no giliran. anak cucu ramai pak...kena tambah bilik air lagi nih. sapa2 yang tak pegi sembahyang raya pulak, kena siapkan sarapan pagi untuk semua orang. tahun ni aku pun tak dapat sembahyang raya, bendera jopon dah naik malam raya so pagi raya kena buat kerja2 dapur saja huhuhu. semua makanan kena ready sebelum habis sembahyang raya so nanti beloh terus minum pagi ramai selepas semua orang balik dari masjid. by the time jugak yang tinggal2 ni termasuk aku kena bersiap2 jugak mandi pakai baju raya cantik2.

anak2 buah - murni, eira, jihan

my elder sista

pak hj dengan cucunya

my sista with her family

tangan atuk penuh dengan angpow raya...anak menantu cucu semuanya dapat

Sebelum minum pagi sesi salam2an pun bermula selepas semua dah balik dari masjid. beratur adik beradik ikut urutan bersalam dengan pak hj, lepas tu pulak ipar2. bila dah habis turn anak menantu, ambik tempat duduk pun ikut urutan jugak, sesi cucu2 pak hj pulak bersalaman start dari atuknya sampailah turn aku yang last. walaupun aku still dapat duit raya, aku pun bagi jugak duit raya dekat anak2 buah ni semua tak kira korang dah keja ke belajar lagi. suka tengok diorang ni gembira. lepas habis sesi bersalaman, ambik family photo...barulah kita mula minum pagi ramai2.










sebelum juadah siap di hidang...jom photogedik sat


rumah pertama di hari raya

Biasanya selepas minum pagi, the next destination is tanah perkuburan...tapi pagi raya tu hujan daaa. plan asal bertukar, kita pegi beraya rumah mak ngah plak. mak ngah aku ni adalah adik kepada pak hj. biasanya we olsss akan beraya rumah dia selepas balik dari kubur tapi terpaksa tukar plan so awallah pulak we olsss semua sampai rumah mak ngah. kelang kelubut mak cik aku ni nak sediakan segala juadah hari raya...apa lagi anak2 mai tolong nenek masukkan kuih raya dalam balang.


Lepas berhari raya di rumah mak ngah, terus pegi ziarah kubur ibu ku yang tercinta. uzur dah kubur mak hjh ni, tanah mendap sampai tali air tu pecah...harus baiki semula.

4 comments:

Anis Azalea said...

kena tanam pokok kat kubur tu..

Ann Ishak said...

dah penah tanam tapi mati coz tanah keras sangat

Mimy Hamid said...

mkan kat luar umah tu yg menarik..layannnnn

Ann Ishak said...

seronok bila dah berkumpul2 ni mie...makan plak berebut2