Sunday, October 31, 2010

Aku terima nikahnya

Mas kahwin dengan tanda pengikat kasih ni antara barang yang baling berharga untuk bakal isteri. mas kahwin tu adalah duit yang di tujukan khas dari lelaki untuk perempuan dan nilainya mengikut tempat2 pernikahan dijalankan. tanda pengikat kasih pulak bergantung pada pasangan tu sendiri, biasanya banyak pasangan yang memberi barang kemas tak kisahlah kuning ker putih ker gangsa ker...mahal ker murah ker, as long as ia tetap merupakan tanda pengikat kasih sayang antara suami dan isteri tu nanti. ye lah kan tak guna kalau bagi diamond besar batu kelikir kalau kasih dan sayang takde dalam hati. yang pasti nilai sesuatu barang tu takkan sama dengan nilai sebenar kasih sayang pasangan tu sendiri.


antara mas kahwin dan tanda pengikat kasih dari anak buah aku kepada bakal isterinya nanti. mas kahwin tu aku tak pasti pulak berapa....eh pahang berapa hengget mas kahwin dia ha... seutas rantai emas untuk bakal isteri dengan sebentuk cincin suasa untuk bakal suami tercinta



Seperti yang telah dijanjikan, tepat 10.30 am kita buat rombongan cik kiah pegi ke surau. kata majlis pernikahan ni dekat surau kan...mujur surau tu dekat dengan homestay kitorang. dekat sangatlah sampai aku dengan adik beradik yang lain parking kereta dekat dalam surau tu jer. ala2 lompat pagar dah sampai surau pun. dua dulang jer bawak ke surau, dulang yang lain dah serahkan kepada pihak perempuan masa majlis pertunangan malam tadi. anak buah aku ni buat majlis sehari semalam jer, dimulakan dengan majlis pertunangan sebelah malam, majlis nikah sebelah pagi keesokan harinya dengan majlis bersanding tengah hari nya. senang buat sekali jalan jer...tak payahlah nak pegi berulang ke pahang nuh sentiasa kan.

nilah dia pengantin perempuannya...bakal anak buah ipar ku. santik takkk?!!! cikgu tau, naper ramai nau cikgu dalam keluarga aku ni... senang korang ek pakat cuti sekolah lama2


Sebelum upacara akad nikah tu, mesti kena dengar lah syarahan imam ni kan. lama ko...penat aku menunggunya. tu baru aku yang penat, belum lagi pengantin lelaki ni dengan dada berdegap gegup. sian pulak bila tengok, berpeluh walaupun kipas perputak ligat.



tu ha penat pak haji menunggunya. waktu ni adik beradik aku yang lain semuanya macam dah ke tepi dinding jer, nak bersandar.

Saat yang dinanti2kan...bermulalah upacara akad nikah. waktu ni semuanya macam dah ke depan jer, baru tersedar ko...ada yang sempat terlena gamaknya. dengan sekali lafaz, sahlah sudah menjadi pasangan suami dan isteri.


wajah kelegaan + terharu gitu ek...!!!




Selepas akah nikah selesai...bermulakah upacara sign2 surat pulak. kang takda pulak black and white nya susah jugak. kawin dekat sempadan pun ada jugak sign surat ni ye dok...cuma bahasa surat tu samaada ko paham dengan tidaknya jer. surat pengesahan nikah ni di bawa sekali oleh juru nikah aka imam dan akan di edarkan selepas akad nikah selesai. orang yang wajib sign surat ni sudah semestinya pengantin lelaki dan pengantin perempuan, juru nikah aka iman ketika itu dan akhir sekali saksi kepada majlis pernikahan ni. lepas cukup seminggu, pegi ambik kad kahwin dekat jabatan agama yer...jgn buat2 lupa pulak.

bacaaan ikrar pulak...AKU BERJANJI






Selepas selesai semua perkara2 wajib buat tu, la ni bermulalah pulak upacara penyerahan mas kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. lepas tu pulak upacara pembatalan ayak sembahyang...ala upacara cup cup dahi tu. naper always cium dahi ha...cubalah buat cup cup pipi ker cup cup molot ker hihihihi. syok jugak kan kalau aku buat pakat dengan shrek buat kelainan macam ni...mau gamat satu kampung wehhh.



semuanya senyum lebar...selamat sudah anak ibu


Selepas menjadi suami isteriorang ni, pandai2lah bawak diri dalam hidup berkeluarga ni yer. dengan keluarga sendiri tu memang takda masalah kan, tapi dengan keluarga mertua ni haruslah peka. jgn ko buat sama jer dengan keluarga sendiri, dah tentu ada lainnya. tu yang aku cakap dekat anak buah sendiri yer...yang anak buah ipar tu pandai2lah ko nanti ek. mataku sentiasa menilai kecekapan mu...muahahaha

rupanya taklah lama sangat dalam surau ni, tak sampai sejam pun...tapi kenapa bila masa sebelum akad nikah tu rasa punyalah lama sangat...?!!! ke perasaan aku jer

Nikah sudah anak buah aku ni...ingat pesanan maksu tu. terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan kita, kerna itu adalah pasangan yang tak ditetapkan untuk kita insyaAlah selamanya. ala sayang...meh sini dap dap jab.


majlis pernikahan bersama photographer yang tak berapa bertauliah ni wink wink wink. tak boleh lawan abang bawak kamera gabak tuh...snap snap snap


Selesai sudah majlis nikah...mau berangkat pulang siap2 untuk majlis bersanding pulak. penat jugak macam ni ek, tak sempat nak rehat langsung ni. nasib baik rumah dekat jer...jom lompat pagar. sebelum tu kenalah berphotogedik dengan family members. ramai yang kata ai macam anak ibu jugak...hahaha kakak korang yang tua sekali walhal pangkat adik dengan makcik ni wehhh.


tak habis dekat dalam surau...luar surau pun jadik jugak. masa ni pengantin perempuan dah bawak lari balik umah, siap2 nak bersanding pulak

2 comments:

Mimy Hamid said...

gambo last tu takleh blah..hihihi..romantika d'amor december yooo

Ann Ishak said...

nak jugak...