Saturday, October 30, 2010

Budget perkahwinan

Sebut pasal majlis perkahwinan mesti ingat berapa banyaklah RM beterbangan kan...kalau takat duit simpanan ala2 jer, jgn berangan nak buat majlis macam ala2 indra kayangan pulak, maklumlah zaman sekarang ni semua barang mahal2 weh. kita ni bukan anak waris empayar perniagaan yang kaya raya ada harta dalam negara dengan luar negara. nak ikutkan agama, cukuplah sekadar majlis kecil2an menjamu tetamu makan yer dokkkkk. yang pentingnya akad nikah tu sendiri tapi orang2 kita ni lebih mengikut adat resam masing2. boleh tak salah as long as duit sendiri tapi jangan sampai membazir sudahlah. niat nak jamu orang makan, kalau banyak sangat lebih2 duit tu, buat jamuan jamu anak2 yatim, tak pun sedekah dekat masjid. barulah nampak duit tu pegi kearah manakan...berkad.

Samalah aku dengan shrek sekarang ni tengah sibuk dengan segala urusan kerja2 nak kawin ni. budget penting weh kena buat kiraan betul2. cuba elakkan pembaziran masa majlis ni nanti. ni baru budget aku berdua jer, tak termasuk budget dari pihak keluarga. budget keluarga, abang aku pemegang segala duit belanja yang telah diluluskan masa mesyuarat kabinet dulu.....

Shrek memang ada buku kira2 untuk segala perbelanjaan untuk perkahwinan ni, tak campur langsung dengan duit belanja + jalan2 + berjima masing2. kalau campur sekali, ada jugak yang belum tengah bulan dah ikat perut nantiiiii...huhuh nangis weh. dan buku ni jugak cuma shrek sorang saja yang simpan, aku tak usik langsung. cuma ko kena sentiasa update buku kira2 ko ni....jgn ko simpan sampai kepam pulak,

No comments: