Friday, October 1, 2010

Duit kutu

2 hari yang lepas, adalah terbaca aka terdengar pasal isu duit kutu. rerupanya main kutu ni salah di sisi undang2 di Malaysia under Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. 1st time ko, aku dengar pasal ni...ni pun gara2 pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas dakwaan mengunjurkan pelaburan wang kutu.

Masih tak sangka lagi ni, tapi yelah kan...kalau setiap individu dalam kumpulan tu dah setuju dengan amount collection yang ditetapkan oleh ketua kutu, barulah kita boleh main kutu tu ek. pokok pangkal atas persetujuan setiap pihak. ishhh sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000.00 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama.

Aku pun still ada main kutu jugak ni walaupun turn aku dapat dah lepas...so macam mane?! berita ni betul2 surprise lah. tak sangka dengan niat nak menyimpan/menabung duit...tapi salah pulak di sisi undang2.

2 comments:

Mimy Hamid said...

baru skrang kecoh...kita main bukan ratus ribu..tak main tak menyimpan..takpe ikut niat okeh..yg pnting bukan haram disisi islam

Ann Ishak said...

yang penting takde riba yer dokkkk