Saturday, October 16, 2010

Masak Lemak Cili Padi Wan Gemok

Alamak rasa macam nak makan masak lemak ayam plak. sebelum ni punyalah aku tak lalu sampai tengok rendang pun aku dah tak larat lagi tapi bila teringat masak lemak cili padi wan gemok...adoiii kecur ayak liur ehhh. wan gemok ni makcik aku yang stay dekat jelebu tu. air tangan dia memang kami adik beradik suka sangat, ala2 chef takde sijil. kalau ada kenduri kendara semuanya dia yang masak, bukanlah dia yang masak semuanya pun...dia jadi mandur QA QC dekat situ. tapi kalau dia yang masak memang semua orang tak boleh nak campur kecuali dia jer yang suruh. susah makcik aku sorang ni, ko jangan buat hal jer...sila tadah telinga dengar bisingnya sampai minggu depan.

Ni memang cara makcik aku bila masak lemak cili padi @ rendang, mesti guna kayu api. tak main dia dengan dapur gas canggih manggih tu, tak sedap katanya. yang jadi tukang hidupkan api, anak dia aka sepupu aku...tukang siang ayam, makpak cik aku, tukang potong bawang + rencah2 tu pulak keja aku + bini sepupu aku. tukang kacau dengan jaga api biasanya aku dengan sepupulah. makcik aku memang jadi mandur jer tengok kitorang masak + tukang rasa garam asam segala.

Masak lemak cili api ni pulak aku suka yang berkuah...kalau dah kering kuahnya nanti dah jadi rendang ayam pulak. aku tak berapa minat pulak makan rendang yang kering pun, mesti nak ada kuah or kudak2 jugak. barulah ada kick bila makan dengan nasi panas di bawah penanggah kawin aku muahahaha

2 comments:

Anis Azalea said...

terliur air liur..len kali makcik ko masak tlg bwk blk umah sikit

Ann Ishak said...

berehhh