Sunday, October 17, 2010

Panggilan Pekan

Perkahwinan pertama dalam keluarga Hj Ishak dalam era 2000 ni. dah lama sangat family ni tak buat kenduri kawin atau lebih tepat menerima menantu. so perkahwinan kali ini amat di nanti2kan oleh keluarga kami semua. anak buah aku telah melangsungkan perkahwinannya pada minggu ke 2 dalam bulan syawal yang lepas. wanita pilihannya orang Pekan, Pahang...yang pasti lebih dulu dari aku, makcik ko sendiri kannnn.

Plan untuk ke Pekan ni pun dah confirm since sebelum puasa lagi. semua adik beradik akan turun ke sana sebagai menyertai rombongan pengantin lelaki aka anak buah aku sendiri. shrek pun sama ngekor jugak lah ke sana. perjalanan aku pekan bermula pada hari jumaat lepas keja dari kl. dari kl cuma kereta aku dengan anak buah aku saja. yang lain2 tu dari bahau umah abang aku.

Berjanji dengan anak buah jumpa dekat R&R Genting Sempah, jalan pun jam manjang dkt kl...pakat2 jumpa dekat sana saja.





Sambil menunggu tu sambil minum2 dl. shrek ni risau sangat anak buahnya tu tak sampai2 lagi walhal budak tu bertiga coz anak buah aku ni bawak 2 orang kawan dia sekali. shrek tak kira, mesti konvoi sama2 jugak. lepas jumpa dengan diorang ni, rehat2 sat...lepas tu terus jalan and the next stop is at R&R Temerloh. sepanjang perjalanan tu ujan memang lebat ko...aku dengan anak buah dah split tapi memang dah janji jumpa dekat temerloh, so aku tak risau sangat. R&R Temerloh tu memang tempat wajib untuk singgah. shrek memang suka makan ikan patin dekat sini. mai maiii singgah makan patin masak tempoyak.



ilah dia keja shrek sepanjang perjalanan, tangan tu tak lekang dari hphone. asal tak nampak keta anak buah aku tu, sibuklah dia menalipoh...aku ni makcik sebenar pun tak risau macam dia lah...kecohlah ko shrek.

2 comments: