Saturday, October 16, 2010

Rendang hari raya, hari raya rendang

Nampaknya tak habis lagi cerita pasal hari raya ni yer. akak ni sibuk manjang je tak sempat nak hupdate semua cerita. ni pun banyak cerita2 akak tak masukkan langsung dalam entry...kalau sempat akak hupdate semua sekali.



Kalau dah dalam musim perayaan tak sah kan kalau takde rendang ayam @ daging ni kan, tapi rumah aku raya lepas masak rendang daging landak, kijang dengan ayam hutan...my bro ni ada lesen hunter. kalau pegi raya rumah orang takde rendang, mesti mulut pedas ni nak bertanya jer...takde rendang ker kak gayah oiiii. dari malam raya sampai petang hari raya pertama jer yang aku larat nak makan rendang ni, malam raya pertama dah mula selongkar peti ais cari telur ayam. pecah buat telur dadar, goreng ikan bilis dengan cili kering...perh itulah makanan yang paling sedap dalam dunia aku rasa. rendang dah tak aku layan lagi, naik mual pulak bile tengok rendang. tulah dia kalau dah terlebih makan rendang.



On the way nak balik kl, aku singgah makan burger dekat McD pulak coz aku dah tak mampu nak telan nasi plak. sesekali pekena rendang dengan ketupat @ lemang @ makan dengan nasi memang meletop sedap dappp tapi kalau dah tu je yang kena telan hari2 mau darah aku ni naik mencanak2 oiii. memang yer ko, start keje ari isnin tu dah pegi check tekanan darah dekat klinik kita...doc membebel, ni mesti makan rendang banyak sangat ni, tekanan darah u memang tinggi sekarang ni. adoiiii sila makan ubat semula.


asyik makan daging jer...mari makan ikan plak

shrek fav

4 comments:

Anis Azalea said...

aku suke bekfas McD...gile kentang sedap..

Ann Ishak said...

my fav mc egg...memang gila telur

Mimy Hamid said...

klu gi mc d tetap suka spicy mcdeluxe

Ann Ishak said...

yang sedap fries yang ada letak tah ape namanya tah...ala yang serbuk tuh
dan2 aku lupa plak namanya