Monday, November 15, 2010

Highway kosong...lori terbakar

Tengah syok memandu dengan tenang dekat highway KUL-SBAN, tiba2 lepas exit labu mangaiiiiiiiii asal jam takgerak ni. adoi nyesallllllllllll pulak tak masuk exit labu tadi. skang ni dah tak bolh buat apa2...meh kita redah jer yer shrek.

Almost an hour tersekat dekat tengah2 highway ni, dah elok2 sampai sebelum lunch hour deka MAINS, tu yang sampai lepas lunch hour coz of jam sapu roti nilah.

Rupa2nya semua kenderaan waktu tu kena keluar exit senawang coz jalan selepas exit senawang di tutup sehingga sebelum exit pedas linggi. mak bedah dan pak sudin kepoh pun bertanyalah dekat abg polis hensem yang jaga lalu lintas dekat exit senawang tu.

'Abg hensem, kenapa jalan tu tutup banggg?!!!

'Ada lori terbakar dekat depan, lebih kurang 90 meter dekat depan tu. nak teruskan perjalanan ke johor kena keluar semula dekat exit pedas linggi ikut jalan dalam.'

'Oh ye ker, takpelah abg hensem, kitorang ni memang nak keluar exit senawang.'

Tak taulah lori apa yang terbakar tu, tak pulak aku membelek newspaper the next day tu.

No comments: