Wednesday, November 17, 2010

Kejab jadi kejab tidak

Panas hati jugak dibuatnya dengan minah ni, itu baru akuuu...shrek dah mendidih pun.

SMS text;

'Sorrylah bang, tak dapat bagi sewa rumah tu sebab adik saya nak tinggal dekat situ pulak.'

'Kalau dah tau yang adik ko nak tinggal dekat situ, cakaplah awal2. tak payahlah buang masa buang duit nak call ko berkaliiii2 ni.'

Terus silent mood jer lepas tu.

Punyalah aku rushing nak balik KL lepas hantar borang nikah hari Isnin lepas. Ingatkan nak pegilah jumpa minah ni untuk tengok remah dekat somewhere Gombak sana tu. dan 2 hari berSMS dengan dia, pakat2 berminat nak tengok rumah tu sampailah janji nak jumpa dan tengok rumah malam Isnin tu kol 8pm. dalam kol 7.30 daat SMS kata tak jadi pulak. mau tak meluapppppp sampai mengelegak jiwa dan raga ni eeeiiiiiiii geram aku dengan minahhhh ni.

Nak lepaskab geram, mai kita pegi makan sate sedap tu. sate dekat sini memang sedap, lepas tu isinya memang besauuuuuuuuu ko, aku larat boleh makan sampai 3 cucuk jer lepas tu kenyang sawa terus. memang ngetoppppp sangat baru 0.60 secucuk. nak cuba mai datang dekat kedai depan Menara Celcom, Jln Semarak.

No comments: