Sunday, December 12, 2010

Bertandang di Loi Barat pulak

Selepas majlis akad nikah bersanding belah perempuan selesai di Pekan Pahang. sampai masa pulak rumah pengantin lelaki menyambut menantu. walaupun setakat menyambut menantu tapi majlis memang meriah sampai 5 petang pun orang still datang lagi. dah tak mampu lagi kaki ni nak berdiri as a penyambut tetamu, dengan perut lapoooooo mintak di isi nasi lagi. adehhhhhh memang penat sesangatlah ari tu.

tema kali ni warna purple pulak...sila bersedia dengan baju purple yer

Alhamdulillah waktu majlis ni berlangsung, memang panas sesangat. panas sampai ke petang yer sampai nak pitam jugaklah aku rasa ari tu. abang ipar dengan kakak aku usah cakaplah memang dah paksa duduk jer sambil sambut tetamu, tak larat nak berdiri lagi. kakak abang ipar aku tu memang tak sihat orangnya, bila dah lama berdiri tengah panas tu mulalah kelapa bagaikan berpinar.

penyambut2 tetamu on duty of the day

Waktu ni door gift dah separuh abis, tak kalu muka kitorang pun tak nampak ko. penuh semua meja2 ni dengan kotak2 atas bawah belakang tepi meja semuanya ada kotak. memang susun standby sebelum majlis bermula. dekat meja ni jugaklah aku berdiri sampailah majlis selesai. tapi memang ramai sangat tetamu yang datang dari saudara mara, kawan2 pengantin, kawan2 makpak pengantin. hadiah untuk pengantin pun boleh tahan jugak banyaknya sampai kena panggil jer budak2 bujang trang tang tangggg tu bawak naik semua hadiah atas rumah. salam keruk pun alhamdulillah 3 bag besar dapatnya. kakak abang ipar dapat salam keruk pas bagi aku pulak masuk bag zip.

4 pm punye muka dah memang tak larat lagi dah...tapi orang still datang lagi.

Walaupun penat seharian bekerja tapi tetap mampu tersenyum. aku waktu ni dah memang terlentang kooo kepenatan. majlis ni memang takda bersanding pun, cuma pengantin pakai jugaklah baju songket bagai. majlis sanding dah berlangsung sebelah malam sebelum majlis bertandang ni untuk santapan saudara mara jer ala2 majlis persandingan tertutup. tu ha anak2 buah aku kalau dah ada paksunya bukan main melekapppppppppp lagi.

No comments: