Thursday, December 9, 2010

Kad merah on delivery oledy

Dah tinggal kurang dari sebulan sebelum majlis perkahwinan ku. sekarang ni aku gigih dengan check list jemputan. mana yang aku dah tulis semuanya aku dah hantar, by hand ada, by post ada, by email pun ada. tapi aku lebih suka hantar by hand lah, email ni takutlah dibuatnya receiver tak bukak email ker fb ker. by email ni as per requested jer, yang lebih afdal bagi hand by hand ye dok.

Meh tulis lagi, banyak kad menunggu ni

Kepada kawan2 blogger ku sekalian, jemputlah ke majlis perkahwinan ku pada 25 Dec 2010 dekat Jelebu, Negeri Sembilan. jemput2 semua sama2 memeriahkan majlis ni. kehadiran kamu2 semua, bakal memeriahkan lagi suasana majlis nanti.

Korang mesti pelik kenapa ada nama ahmad shamsudin (faizal) tu, tulah nama shrek yang sebenar. kisah masa kecik2 dululah kan. makpak dia memang nak letak nama ahmad faizal tapi arwah tok dia pulak suka nama ahmad shamsudin tuh. nak jadikan cerita toknya pegi daftarkan kelahiran dia, didaftarkan terus nama ahmad shamsudin tu. kepunan terus makpaknya nak namakan anak lelaki tunggal ni ahmad faizal. so untuk nak hilangkan rasa terkilan tu, makpaknya terus panggil faizal as nama timang2an. macam tu lah kisahnya.

pada orang2 yang ngutuk tu...sila baca sikit yer. kad kawin aku, aku punya sukalah nak letak apakan. aku bagi kad untuk ko datang, bukan untuk ko mengata NGOKKKKKKKKKK. nasib baik aku tak bagi lagi dkt ko, tapi jangan ko harap aku nak jemput ko. aku yang bayar buat kad ni tak mintak satu sennnnnnn pun dari ko.

2 comments:

Mimy Hamid said...

nak kad merah!!! tak sabar ni

Ann Ishak said...

tulah...bilalah kita nak jumpa2 nih, boleh bagi kad sekali