Sunday, December 19, 2010

Kuala Kangsar labu sayongggg

Kisah ni dah lama berlalu na...dalam bulan October yang lepas. la ni jer baru teman nak citer kat kome. citer pasal kisah door gift teman. selepas je cabut dari Family Day 2010, aku dengan shrek terus bergegas ke Kuala Kangsar. dah ada janji 2pm dekat sana dengan orang yang akan membuat door gift kami nanti. kami sampai tepat pada masanya walaupun mula bergerak dari KL pun dah lambat, tapi alhamdulillah sampai sudah.


Tu pasal kami boleh sampai on time, yelahkan dah janji dengan orang...tak molek kalau kita sampai lambat. perjalanan pun memang lancar sesangat kenderaan pun tak banyak, mungkin sebab cuti biasa je bukan cuti sekolah. dalam buku merah dekat atas dashboard tu ada macam2 isi kandungan yang sangat penting dan memang aku akan bawak ke mana saja aku pergi. segala catatan ada dalam tu. aku suka mencatit, dah memang kerjanya mencatit jer kan. segala bill pun ada jugak dalam buku tu, simpan nanti boleh buat rujukan...kan berguna. setiap orang ada caranya ye dokkk, tapi itulah cara aku menyimpan segala info selain simpan dalam otak, bertulis pun ada jugak. manalah tau takut terlupa pulak. hal pasal kerja pun ada dalam buku tu semuanya, 1 month calender boss aku pun ada dalam buku tu. boss aku tu suka call bila2 masa jer, tanya macam2 pasal kerja. tu pasal aku memang sentiasa bersedia sepanjang masa pagi petang siang malam. 1am pun dia penah call aku tanya pasal kerja okay xpecially bila dia dekat overseas...shrek memang dah masak sangat dengan perangai boss aku tu, suka cari aku tak kira masa coz dia memang tau aku boleh jawab segala soalannya nanti. boss aku tu selalu cakap, hidup dia dekat office aku yang ngatur, bukan dekat rumah la yer. sampaikan dia penah call shrek kalau tak dapat call aku...adoiiiiiiiiiiiii boss. but u still my bestest boss, saya sentiasa berkhidmat and taat setia dengan boss.

Orang yang aku nak jumpa dekat Kuala Kangsar ni adalah orang yang sama aku jumpa masa pameran kerja2 kawin dekat jalan conley tu. dah memang berkenan sangat hasilnya craft nya tu tapi aku tak buat tempahan pun masa pameran. ambil masa untuk berfikir tengok2 yang lain dulu tapi hati ni masih berkenan nak itu jugak. berbekalkan biz card yang ada, teruslah buat temujanji dengan owner nya sendiri, pakai janji terus jumpa tu. owner ni memang buat biz dekat Kuala Kangsar saja, takda pun kedai dekat KL tapi takpalah, kita mai sembang sana saja. design pun dah confirm nak yang mana, terus bukak bill saja maiiiiii. bulan Dec kami mai datang ambik barang saja. hasil tembikar ori dari tempat tanah tumpah darah shrek la........tak buat dekat perak takpa da janji hadiah dari perak ada.

Tempat yang nak dituju tu memang dalam daerah Kuala Kangsar, Kg Sayong namanya. kg ni memang terkenal dengan pembuatan labu sayong nya. tapi teman taklah buat labu sayong lagu tu...teman buat lain sikit, ahhhh nanti kome tengoklah sendiri ye. tapi dengan syarat datang majlis kawin teman, baru teman bagi kome hadiah tu.

4 comments:

Anis Azalea said...

hehe labooo sayong yer...

Mimy Hamid said...

nakkkkkkkkkkkkkkk satuuuuuuuuuuu..wajb amik

Ann Ishak said...

eri - bukan labu sayong sayang...tapi benda lain ---> surprice!!! buat je dekat kg sayong.

mimy - mesti ada dear...setiap sorang ai sediakan lalalala

dyane said...

hi..bole sy tnye..mne awk tempah seramik tepak sirih tu ye? nmpk canteq sgt..hrp dpt bantu sy..thnx..