Friday, December 3, 2010

Manjakan diri

Dah sampai masa untuk ke spa memanja membelai diri sendiri as a reward for myself jugak. lama dah tak pegi spa ni coz masa tu manjang tak kena sasaran. tapi kali ni tetap nak pegi jugak memandangkan BFF aku pegi juga, baru syok ada kengkawan.

Spa yang menjadi pilihan kali ni adalah D'Belai Spa dekat uptown sri gombak sana kedainya. 1st time aku mai sini nak mencuba manalah tau sesuai ke tak dengan kulit muka yang agak sensitif ni. bukan apa, kulit muka ni agak memilih product jugak untuk di tepek ke muka, tak kena kalu memang naik ruam lepas tu muka pun start naik jerawat nasik. aku agak bermasalah untuk memilih product muka, kira tak boleh nak main belasah terjah jer. okay full address untuk spa ini;

NO. 11B, JALAN SG1/6
TAMAN INDUSTRI BOLTON
68100 BATU CAVES
SELANGOR

Antara perkhidmatan yang disediakan di spa ni;

1. Facial treatment
2. Resdung treatment
3. Body massage
4. Body scrub
5. Flower/Milk bath
6. Sauna & slimming
7. Bekam lintah
8. Bridal package
9. Wedding card - yang additional under bridal creation

muka sebelum di sental dengan Tanamera Tropical Spa Products

Product yang digunakan oleh spa ni adalah Tanamera Tropical Spa Products. so far selepas menggunakan product ni...aku rasa product ni boleh tahanlah. bau memang original tanpa pewangi tambahan dan kurang chemical. kulit aku ni memang sensitive dengan bahan2 chemical ni. kesannya kulit akan cepat rense (pedih2 pada kulit muka) dan akan meninggalkan kesan merah2 pada muka. tapi dengan menggunakan product Tanamera ni, kulit muka takla rasa pedih dan tak jugak merah2 so rasanya aku sesuai menggunakan product ni. mengelupas kulit muka tu memang perkara biasa selepas membuat treatment muka, barulah ada tindak balas product dengan kulit muka.

sambil menunggu tu bolehlah selak2 photo2 album perkahwinan

Masa yang diambik untuk facial treatment ni adalah 45 mins. bolehlah nak melelapkan mata, relax sambil muka di uli2 lembut, memang layan babe. lepas selesai treatment, dihidangkan pulak dengan teh lemongrass with ginger..........memang layanlah.

tempat facial

mula selepas treatment

teh lemongrass with ginger, memang sedap. 2 kali aku tambah


tempat berendam, mandi susu @ mandi bunga ker

ready to go go go minum2

2 comments:

-anidaothman- said...

kakann chantiklaa dekoration spa nie...wah bestkan skaLi skala memanjakan diri di SPA......refresh baLik...hihihihi

Ann Ishak said...

ko pun boleh pegi dek...harga mampu pegi. tak mahallah, klu facial treatment tu akak buat just 35 hengget jer klu tak silap. cubalah nanti, sesekali memanjakan diri memang syokkkkkkkk