Monday, December 27, 2010

Time to looking forward with the furniture pulak

Tempat berteduh dah ada walaupun bukan sendiri punya, kelengkapan dalam rumah semunya dah lengkap. memang aku tak penah culas membeli barang2 rumah since dari mula2 aku dapat gaji sendiri. aku memang dah lama makan gaji wehhhhhhhh dah lepaslah setakat simpan pinggan mangkuk 3 dozen untuk bakal anak2 aku nanti bila diorang dah besar. skang ni biarlah bakal2 makpak nya yang pakai dulu ye. aku memang suka buat perancangan jangka panjang macam ni supaya nanti aku akan sentiasa bersedia berhadapan dengan masa hadapan kelak...ewahhhhhhhhhh future plan kena mantap okay. biarlah kita hidup sederhana tapi sentiasa lengkap dalam kehidupan gitu.

Dah memang basic of live time dalam rumah tu dah ada semuanya, cuma satu benda je yang aku tak penah terfikir pun beli awal which is perabut rumah. sebelum ni aku tinggal dekat seremban dengan kakak, memang berulang alik pegi kerja seremban-kl setiap hari tak penah culas yer. record MC aku memang takdalah walaupun aku berulang jauh selama 5 tahun tu. masa duduk seremban, segala kelangkapan perabut semuanya kakak aku yang sediakan. so bila aku mula belajar tinggal sendiri dekat kl, idaklah aku bawak semua perabut tu. tinggalkan pulak untuk kegunaan anak2 buah aku yang lain pulak, manalah tau ada yang nak tinggal dengan kakak aku pulak menggantikan aku.

Waktu mula2 belajar tinggal sendiri dekat kl, penah beli sekali je perabut...tu pun set bilik tido bujang aku tulah. set bujang kayu lengkap dengan katil bujang, almari baju dengan dressing table yang kecik je. baju2 pun masa tu aku bawak tak banyak dari seremban, most of that pun beli selepas tinggal menetap dekat kl jer. banyak lagi kain baju aku dekat seremban tu, tu pasal aku memang balik lenggang mak limah balik seremban. kadang2 anak2 buah aku pun pulun pakai baju aku tu jugak, aku tak kisah anak2 sendiri jugakkan.

Bila aku pindah ke rumah sewa yang ke 2, aku lantingkan set bujang aku tu ke rumah MIL pulak. malas nak angkat barang sampai tingkat 4, lagi pun waktu tu plan takmo tinggal lama dekat rumah sewa ke 2 ni. sudahnya memang dekat sini jugak aku tinggal lepas kawin. taklah jugak aku nak bawak set bujang tu sekali, baik aku bagi dekat SIL yang pakai jer.

Selepas bincang konsep rumah, gigih pulak masuk kedai perabut mencari perabut yang sesuai. taklah aku nak membeli semua perabut dalam masa serentak yedakkkkkkk, ujung bulan makan roti jer kitorang laki bini ni wehhhhhhh. tapi kalau dah membeli tu biarlah guarantee sampai 10 tahun, barulah puas membeli menang memakai. konsep rumah lebih banyak menjurus ke arah rumah keluarga melayu lama .

2 comments:

Anis Azalea said...

ko mmg antik kan nok...akekekeke

Ann Ishak said...

aku memang suka benda2 vintage ni nok...well you know me