Thursday, January 13, 2011

All because of STRAWBERRY

Ye...adik2 ni, ni adalah pokok strawberry. pokok strawberry hidup secara menjalar dan pokoknya tidak mempunya dahan yang keras. penanam pokok strawberry ni biasanya di tempat yang beriklim sejuk, memang moleklah dengan habitat pokok tu sendiri. boleh jugak di tanam dekat kawasan yang beriklim panas tapi kualiti buahnya tidaklah seperti yang korang nampak tu. buahnya nanti akan bersaiz kecil dah rasanya tentulah masam, tak manis macam dekat tempat yang beriklim sejuk tu.

Tempat wajib pegi apabila sampai di Cameron Highland ni - Strawberry Park at Raju's Hill. tu yang gigih mak laki bini mendaki bukit semata2 nak makan setiap makanan yang semuanya berunsurkan strawberry. maklumlah bfastnya ala2 ciput gitu....ada lagi space untuk dimasukkan pulak menu lain.

Pancake with ice cream choc strawberry

Ice cream strawberry

Strawberry cheese cake

Ada lagi menu lain yang berunsur strawberry tu tapi mak tak larat pulak nak abiskan weh...tu pun siap tolak bagi mamat ni perabih semuanya. semua makanan tu kita order satu sahaja, makan boleh share...tak membazir

Tak lah sejuk mana pun dekat sini, cuma bila malam jer baru terasa mulut keluar asaplah. siang2 ni panas pulak, aku boleh berpeluh duduk dekat sini masa siang hari. nak compare dengan Genting memang jauh lebih sejuk Genting dari Cameron Highland.

Ni semuanya sebab kesan dari pembalakan haram yang berlaku di sekeliling Cameron Highland ni. kalau korang datang ikut Simpang Pulai, memang boleh lihat banyak bukit2 dah togel dek kena tarah dengan pembalak haram.

No comments: