Tuesday, January 25, 2011

For birthday boy treat

Bersempena hari cuti tak rasmi secara amnya tapi umumnya bagi aku dengan faizal je. memang dah jadi tradisi sejak mula bercinta sampai sekarang, kami2 ni akan bercuti aka ambik cuti sekiranya tarikh lahir kami2 ni jatuh pada hari bekerja. tu yang jadi hari cuti umum untuk kita2 aja. walaupun kini dah berdua lebih baik, amalan tu akan tetap diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan kami2 ni. ..hahahaha ini cara kami.

Sempena cuti umum kami2 ni, terus plan lunch dekat Sushi King la. sambil tu boleh redeem voucher rm20 yang dapat masa renew member card tempoh hari. lama gak aku simpan voucher ni dari nov last year...punye cepat renew card coz takut aku tak sempat nak renew nanti masa dis...kan masa tu mak kawin.

Gyuu Don-E for him - rm15.90

Mujurlah laki ku ni memang pemakan sushi jugak, senang mak ajak makan sesama. sebelum ni pun aku selalu bedal sorang2 jugak kalau dah teringin sangat tu...tak pun bila masa pegi JJ tu, sempat jugak aku rembat beli. sushi ni macam ada satu ketagihan...kalau tak makan sebulan tu rasa macam tak lengkap bulan tu. kira makanan ni memang makanan rasmi aku dengan faizal setiap bulan. kalau rajin lebih sikit, mak buat sendiri dekat rumah tapi bila rajin sahaja ye. buat sushi ni agak leceh sikit bila tak biasa buat, kena ada peralatannya jugak, tak kalu memang tak jadi.

Hotate Tama Don-E for me...ni under this month promo - rm10.90
ada jugak yee sang tapi aku tak abiklah...takkan nak tos berdua je kan tak seeeyokkk

Percayalah kami2 ni memang peminat tegar makanan jepun bukan setakat sushi, sashimi aja tapi semuanya. jangan tak percaya, dekat rumah pun ada simpan wasabi dengan mayonis jepun tau...memang selalu guna buat cecah kodok tepung atau tempura. sedap weh...cubalah.

No comments: