Monday, January 31, 2011

Ke Padang kita ya pak

1st time in my life jugak....ushhhhhh banyak lagi yang perlu kita belajar dalam hidup ni kan. kali ni aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu kepada faizal. majlis perkahwinan kali ni mengikut budaya perkahwinan minang di Padang Indonesia. untuk pengetahuan u olssss arwah paknya faizal aka my FIL adalah berketurunan Padang Indonesia. so tak mustahil satu hari nanti kami akan balik ke kampung sana untuk bertandang...still in planning la. ingat lagi majlis akad nikah sebelum ni, yang aku dok terperap dalam kereta sambil perut lapo tu...ni ha majlis sandingnya yang diadakan sehari selepas majlis akad nikah.

Makanan yang disediakan, makanan padang juga ya pak. sebenarnya banyak lagi lauk yang aku tak ambik, tekak ku tak berapa nak menerima makanan padang ni. aku cuma ambik ayam goreng, sambal hijau, acar timun dengan keropok jer. cukuplah weh, tu pun dah mampu membuatkan air mata ku bertakung kepedasan ko. apa yang faizal makan, korang pun mesti dah boleh bayangkan kannnnnnn, penuh satu pinggan dengan segala macam menu di sumbat masuk pinggannya.

Sambil makan sambil berjoget ya pak... ahli2 muzik + penyanyi ni di terbangkan dari Padang Indonesia ya pak. yang berbaju kurung kuning sedondon tu bukan dari padang ya pak, tu artis saduran dari malaysia saja. penari minah saleh tu ya pak, kenalannya sama pengantin, tidak di import dari negara luar ya pak. masa ni ya pak, kepala ku pusing sedikit kerana aku enggak bisa paham bahasanya ya pak. mau pusing kepala aku dong.

Ya ini bapak sedang melihat2 ahli keluarga yang lain. kebanyakannya aku memang takkan ingat muka mereka2 ini semua sekiranya satu hari nanti kita2 berlaga bahu muahahahaha. aku ada masalah kelupaan ya pak, pasti susah untuk aku mengikat muka2 kalian.

Cuma ini ya pak yang mampu aku ingatin sampai mati.

Waduh2 perantinnya, cantik bangattttt dengan busana merah begini.

No comments: