Wednesday, January 26, 2011

Tugu Negara - akhirnya ku sampai jua

Benarrrrr percayalah, ini kali pertama aku menjejakkan kaki dekat tugu negara ni. belum penah lagi aku sampai sini, selalu tengok tugu ni pun dalam tv atau newspaper jer. dan sila percayaaaaaa jugak yang faizal pun tak penah sampai dekat sini lagi walhal dia memang membesar dekat kl ni. haaaaa ambik ko, rupanya tak sampai lagi mamat ni, kalau aku ni boleh percaya lagilah kan, ater seremban mari.

gambo selingan tu bukti yang memang mak bosan gilorrrrssss masa pegi majlis akad nikah sepupu faizal tu. dah mak duduk dalam kereta jer, takde benda nak buat, terus snap2 benda yang bukan2 yang ada dalam itu kereta. okaylah berbalik pada tugu negara tadi, lokasinya dekat dengan taman tasik perdana dan tak jauh jugak dari office tempat aku mencari rezeki, selalu lalu dan setiap kali lalu tu lah, mesti hati terdetik; bilalah aku nak sampai dekat tugu negara ni. cita2 nak pegi tu memang ada tapi kesempatan tu yang takda.

Rupanya ada 2 tugu yang ada dekat sana ek. satu adalah tugu peringatan dan satu lagi of course tugu negara tu sendiri. tapi 2 tugu ni berlainan bentuknya ye. tugu peringatan menempatkan nama2 orang yang terkorban semasa zaman untuk mencapai kemerdekaan dolu dan tugu negara adalah tugu khas untuk memperingati askar2 melayu kita yang terkorban demi mempertahankan negara kita Malaysia.

Dekat Amerika terdapat tugu negara diorang jugak yang di namakan Marine Corps War Memorial. Mungkin jugak tugu negara kita di bina atas idea tugu dari Amerika ini untuk memperingati perjuangan pejaung2 kita dulu. bukan kecik2 anak yer perjuangan pejuang2 kita dulu demi untuk memastikan negara kita mengecapi kemerdekaan macam sekarang ni.

Sejarah Tugu Negara Malaysia

1. Di bina dengan kos rm1.5 juta dan di buka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966.

2. Sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918) , Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960)

3. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di sini (Tugu Negara).

4. Tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Australia, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC di Virginia, Amerika Syarikat.

5. Komunis pernah mencuba mengebom tugu negara pada 26 Ogos 1975.

6. Kejadian itu berlaku kira2 jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal.

7. Simbol kemenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata2 untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka.

Aku rasa memang patutlah kita memberi penghargaan kepada mereka yang berjuang bermatian demi mempertahankan tanah melayu dan mencapai kemerdekaan. kerena mereka jugaklah kita boleh hidup aman damai macam sekarang di bumi kita sendiri, bukannya di bumi orang lain.

No comments: