Saturday, January 29, 2011

Tugu Negara - meh pegi tempat lain pulak


Nak jugak ambik gambo banyak2 dekat sini, ini Tugu Negara juga sebagai bukti dekat bakal anak2 + cucu2 kami nanti (tak tau bila tahun) yang makpak toknek diorang ni memang penah sampai dekat tugu negara ni. biar diorang tau yang makpak diorang ni al gediksssss al sakan bila berphoto. mak pun nak berdiri macam tugu jugak dek...tegak terpacak je.

Ni dia tugu peringatan tu, wahhhh selepas umur ku menginjak 33 tahun...la ni baru merasa kaki menjejak Tugu Negara. dulu masa kecik2, aku membayangkan tugu tu besar weh tapi memang besarlah kalau ikut usia ku masa tu. cuma bila dah agak "muda" ni aku rasa tugu tu standard jer size nya. cuma makna di sebaliknya tugu negara tu sendiri yang besar betul2 bermakna untuk kita rakyat malaysia. mak rasa macam nak nyanyi lagu Negara Ku pulak ngeh ngeh ngehhhhh.

Ni dia pahlawan mek yang bersusah payah membawa mek datang sini. walhal dia pun belum penah sampai sini, apalah abe ni dok kl pun tak sampai lagi. lepas tu guna alasan; sian dekat mek, teringin sangat nak datang Tugu Negara, meh abe bawak mek ya.

Rupanya banyak tempat2 menarik dekat kl khususnya. asyik menyelak map tempat orang jer kan tempat sendiri tak katam pun. ikut rombongan sekolah pun takde rasanya masa dolu2. banyak lagi tempat menarik dekat kl ni yang aku belum pegi dan suatu masa nanti aku akan pegi jugak...tunggu dan lihat.

Abe...meh kita plan melawat Zoo Negara pulak. situ pun mek tak penah pegi lagi, selalu lalu depan pintu masuk je tapi tak penahnya nak berhenti masuk. jomlah abe, nanti mek panggil anak2 buah mek join sekali. tentu abe suka kan.

No comments: