Sunday, February 27, 2011

Fitting baju nikah

Lari sekejab dari cerita Langkawi...memang panjang lagi gamaknya. baru hari ke dua tu kan. bukak pulak citer lain. pasal preparation wedding last year...skang dah sah jadi isteri pun. flash back gitu.

Baju ni dah ready by early November lagi. buat tempahan pun on time, siap cari kain bagai dekat KL jer. plan asal nak cari dekat Jakarta tapi tak sempat pun dengan aku yang bekerja susah nak ambik cuti dengan keja yang banyak. memang terhalanglah niat tu tapi takpa bukannya dekat sini takda kain yang elok untuk buat baju nikah. tailor untuk baju nikah ku ini jugak adalah tailor yang baru untuk aku. 1st time buat tempahan, cuak jugak weh...buatnya tak sesuai dengan aku, tak ke haru nanti. tapi bila ready for fitting, bila cuba...alhamdulillah okay dengan badan aku. tapi perlu di kecilkan lagi, kak kay cakap badan dah nampak mengurus pulak ko ni nyah. waktu ni bahagian dada baju masih kosong lagi dan akan di taburkan dengan batu mengerlip dekat bahagian tu nanti.

Material untuk baju nikah adalah dari jenis chiffon color off white. bahagian kaki penuh dengan manik putih + pink and bahagian badan ada taburan manik. dah tak ingat berapa semeter tapi harganya keseluruhan + baju nikah pengantin lelaki adalah dalam rm800++.


Beberapa hari selepas membeli kain ni, aku tak fikir pun lagi design untuk baju nikah tu nanti. OMG macam mana ni, design pun tak fikir lagi tapi Faizal cakap takpa jangan pening kepala fikir pelan2. yelah kesudahannya memang Faizal saja yang mereka design baju nikah aku ni sambil di bantu oleh kak tailor jugak. Faizal memang mahu dia sendiri yang design baju tu untuk aku specialnya muah muah muahhhhhhhhhh. so kita bagi jelah dia reka sendiri, mak pakai je nanti.

Thank you Faizal kerana u designkan baju untuk bini u ni...nak harapkan bini u design sendiri, memang taklah jadi bajunya kan hihihihihi

No comments: