Thursday, February 10, 2011

Langkawi Day 1 : Aku dan Kereta Sewa

Perkara pertama sekali yang aku nak buat sebaik sahaja selesai segala urusan pengangkutan dan penginapan di Langkawi ni adalah makan laksa. aku memang minat gilozzzz dengan laksa dekat sini. memang meleTOPlah sampai seminggu sebelum datang sini pun aku dok teringat terkenang je laksa langkawi aka laksa utara. memang tak tunggu lagi, malahan masa on the way to Cenang pun dah nampak porttttttttttt baekkkkk punya untuk melepas sambil menikmati laksa utara sedap.

Abaikan aja cara mamat ni minum. memang macam tu gamaknya dia minum air, siap mintak budak tu taruk dalam mangkuk je air teh bunga tu.

Gerai ni tepi jalan je dekat dengan airport. memang nampak sangatlah kalau MAS ke AirAsia nak landing sebab kedudukan geografinya dekat dengan tepi pantai. ada beberapa gerai jugak dekat tepi pantai ni tapi yang aku singgah ni yang paling ramai pengunjungnya. mungkin sebab tempat duduk yang banyak di sediakan + ada pangkin untuk melepak sambil menghadap pantai.

Laksa yang menjadi idaman kalbu ku. jgn tak percaya, aku makan laksa ni sampai 2 mangkuk tau. punyalah nak melepas gian kannnnnnnn.

Cuma aku tak suka air teh bunga dekat gerai ni. rasanya macam ko minum air sabun je. ker ataupun mangkuknya yang berbau sabun. tah lah...yang pasti aku tak minum pun teh bunga tu. walhal aku tengak si Faizal selamba ke minum, tah lah perasaan aku je kot.

Selain menjual laksa, yong tau fu pun ada jugak, tu menu untuk Faizal, dia yang pilih sendiri. dia tak kemaruk makan laksa macam aku, so tak dapat laksa pun takpe pada dia. dia pilih makanan lain dari aku coz nak merasa yang lain pulak katanya. manelah tau sedap, boleh cuba lagi.

Ini adalah kereta sewa kami sepanjang 5 hari percutian kami di Langkawi ni. memang lumayan ya kereta ni, bersih dalamnya takda habuk, acc pun sejuk dingin, condition kereta pun tip toppppppp siap boleh bawak pegi racing lagi coz type R. tapi yang paling penting kereta ni mempunyai nyawa yang masih hidup ye, maknanya roadtax perjalanan masih hidup dan memang di lebelkan sebagai kereta untuk di sewa. segala details pasal owner kereta ada dalam kereta ni. ini untuk mengelakkan sekiranya ada sekatan jalan raya, pihak berkuasa tak boleh nak tahan sesuka hati kereta ni coz kereta ni memang lengkap and of course orang yang memandunya pun lengkap lah dengan lesen yang sah.

Ini adalah penting bila kita nak menyewa kenderaan di Langkawi. mesti periksa kenderaan ni betul2 selamat untuk di gunakan atau tidak. memang selalu terjadi, penyewa akan menberi kenderaan yang roadtax perjalanan yang dah tak sah, condition kereta yang tak selamat dan kadang2 tu yang menyewa kenderaan tu pulak memang takde lesen memandu atau lesen dah tamat tempoh. jangan buat hal der...perkara ni penting memandangkan Langkawi sekarang ni memang kerap di adakan sekatan jalan raya. kalau dekat KL kebiasaan jumaat malam, malam2 minggu je tapi dekat sini setiap hari ya.

Okay perjalanan pertama, ikut schedule nak pegi Underwater World tapi bila sampai sana dah terasa malas pulak. alih2 kita pegi Jeti lah. dari Cenang ke Pekan Kuah akan ambik masa lebih kurang 30-45 mins perjalanan ikut kelajuan masing.

No comments: