Friday, February 11, 2011

Langkawi Day 1 : Jeti Pekan Kuah

Dalam jeti ni pun ada kedai Haji Ismail Group (HIG) jugak ya. aku tak masuk pun, lebih suka pegi kedai HIG yang dekat pekan tu je. so kita jalan2 dalam kawasan jeti ni untuk mencari barang2 yang patut di beli aja. kita ada banyak masa lagi dekat Langkawi ni, so day 1 memang tak berapa nak shopping sangat.

Tempat pertama yang aku masuk dalam kawasan jeti ni adalah Watson. punyalah banyak Watson dekat KL tu, dekat sini jugak aku sign in member club, dapatlah member card. so kalau beli any item dekat sini, kita akan dapat 10% dis per item. memang bestlah tapi aku lebih banyak buat perbandingan kalau nak membeli. biasanya yang jadi bandingan dengan Watson adalah Guardian. memang ada beza ye harga dekat 2 tempat ni. so sila buat pilihan yang tepat, jangan membazir.
Faizal memang sibuk mencari barang2 keperluan untuk dia sendiri. dia nak beli seluar dekat sini, jenuh mencari kedai yang dia penah shopping last year. memang ada lagi kedai tu, terus je shopping dekat sana. aku pulak memang tak kuasa nak tunggu, dia ni kalau shopping memang kalah perempuan. so aku tinggalkan dia dekat situ, aku pegi pusing2 tempat lain. ada sebabbbbb ye.

Memangkan kali ni kami datang Langkawi diterbangkan, so kenalah pikir berapa kg pulak barang yang akan kami bawak balik nanti. memang sengaja tak up kan limit kg masa beli ticket penerbangan, harap tak over limitlah yer....hope so. aku kena buat keja PS job dekat Langkawi ni. tapi ni hanya dari kawan2 terdekat je. okaylah mak tolong ko ye, sian pulak mak tengok kan.

Memang barang2 dekat Jeti Pekan Kuah ni agak mahal berbanding tempat lain tapi kami tetap suka shopping dekat sini. semuanya ada di bawah satu bumbung. okay aku dah settle keja PS job aku tu. bolehlah kawan aku melaram dengan wangian yang memang dia cari2 selama ni. katanya dekat KL mahal, bila aku tengok dekat sini adalah kurang sikit berbanding sana, so rembat beli aja. supaya ko berpuas hati ya...skang ni sibuk cari barang lain pulak...ish ishhhhhhhh.

Tak ramai pulak orang yang masuk Langkawi petang2 ni. selalunya penuh memanjang setiap feri yang masuk. ahhhhhhhh lupa, kami bercuti masa hari bukan cuti umum @ cuti sekolah, patutlah aman je. saja memilih waktu2 macam ni, barulah tak crowded sangat sampai nak shopping pun susah.

No comments: