Saturday, February 19, 2011

Orang tersayang di sekeliling ku

Bila sebut orang "tersayang" mesti kita ingat kekasih or suamilah kan, itu memang sudah semestinya. tak perlu tanya dah memang sayang lah sangattttttt. walhal ramai lagi orang yang kita sayang sebenarnya cuma mungkin kita tak sedari bila sentiasa dia berada di sekeliling kita. and baru realize bila orang tu takda lagi di sekeliling kita. selain dari suami, ahli keluarga, ada lagi orang yang aku sangatttttttt sayang di sekeliling ku, ha tu lah rakan2 BFF ku.

Yang baju belang next to me tu reen, selain mengada2 + manja, dia ni jugak ibu pada seorang anak bujang ye. sama tempat keja satu ketika dulu tapi tak sekarang ni.

Mimie, ni yang paling lama aku kenal. terlalu kenal sangat segala kisah perjalanan hidup dia, kisah2 bercinta cintun dia dolu sampai aku tak boleh recall lagi bf dia yang memang setiap tahun mesti bertukar hahahaha. tapi sekarang tidak lagi, dah pun menjadi isteri orang...amin akhirnya bertemu jodoh jugak.

Yang paling sentiasa memahami aku, susah senang suka duka, Eri Chan. mula kenal masa kerja dekat tempat lama jugak. duduk sebelah menyebelah lagi tu. masih mencari satu fasa dalam hidup di kala aku dah melalui fasa yang satu tu. takpa, asalkan dia bahagia, sama2 kita bahagia.

Bukan senang untuk kita mencari orang yang benar2 ikhlas dalam erti persahabatan. memang kita ramai kawan tapi setakat kawan, bukannya sahabat. lebih baik bersama orang yang mampu menjadi sahabat dari bersama orang yang akan mengubah kita menjadi orang lain.

2 comments:

Anis Azalea said...

terharu beb....menitik air mata..jom jumpa ramai2..sementara mak balik kg seminggu..hihi..

Ann Ishak said...

jom2...nanti aku email korang semua. no FB okay, banyak stalker