Wednesday, February 9, 2011

Selsema


Dua tiga hari yang lepas punyalah lebat hujan kan. tapi takpa tengah harinya keminlah kontang panas terik. akibat hujan lebat di petang hari, keesokan paginya punyalah sejukkkkkkk nak mandi. kena jugak mandi sebab ai nak pegi keja, takkan tak mandi pagi kot. memang takda apalah pepagi mandi air sejuk macam ais rasanya. tak kuasalah ai nak masak air bagai dulu, belum ada kerajinan tahap tu okay.

Bahana dari mandi air sangat sejuk, aku dah bersin sepanjang pagi, hidung tersumbat sepanjang petang and start meleleh air hidung di malam hari. tu diaaaaaaa serangan selsema dah mai. aku tak rasa disebabkan mandi air sejuk tu, mungkin jugak factor berjangkit ni. my hotterbosser memang ada sympton selsema sebelum dia ku terbangkan ke Dubai bersama mrs.hotter atas tajaan sdn bhd aka world holiday. momantaiiiiiiiiiiiiiiiiii ai can arragne in their private holiday too for 1 week at Dubai siap dengan he tests the very best swing at the 2 courses famous golf club dekat sana. okay kembali semula ke asal, a few jugak dalam office yang ada masalah selsema...gamaknya selepas cuti yang panjang, aku pulak yang dah berjangkit.

So far ubat selsema (siang sahaja) masih ada dalam simpanan, tu je yang aku dok telan setiap pagi dekat office. bila malam pulak makan Soluble, nak makan Panadol macam takda pulak tanda2 demam. tapi bila malam menjelma mulalah badan rasa gegel semacam. memang in standby mood lah setiap malam, rasa semacam jer badan...bangun telan ubat balik. sebulan dua ni memang terpaksa buat semua benda sendiri coz laki ku kerja balik lewat. takkan nak tunggu dia pulak, takpe i can do it alone.

Mujur jugak aku tak demam masa cuti panjang CNY ari tu. mau bosan gilozzzzzz jadinya nanti. cancel segala planning tapi alhamdulillah ada jugak baiknya dapat selsema sekarang ni ye. cuma sekarang ni setiap kerja yang nak buat mesti rasa tak selesa sebab tangan tu asyik dekat hidung menahan air hinggus nak melelehkan...ah senang citer memang serba tak kena jadinya apa yang nak di buat. bila dah macam ni, barulah terasa macam nak menghargai kesihatan sendiri walaupun sebelum ni kita begitu menjaga tapi mesti nak rasa kena tingkatkan lagi usaha ke arah Hidup Sihat Keluarga Bahagia.

2 comments:

Deqna said...

demam ada makna kot... cubalah cek..kot2...

Ann Ishak said...

huhuhu yang pasti memang takde