Sunday, March 20, 2011

Ketentuan

Saya masih percaya kepada ketentuan jodoh tapi kadang2 tu ramai nau yang kata; "jodoh takkan datang bergolek2 kalau tak di cari kan". tapi hati tu kuat je mengatakan jodoh pertemuan ajal maut tu semuanya di tentukan oleh Tuhan yang maha kuasa. sapalah kita ni nak menafikan pulak.

Saya juga amat percaya pada percintaan selepas kahwin. walaupun saya jugak bercinta sebelum berkahwin tapi rasanya dunia percintaan tu jadi lebih bermakna selepas saya berkahwin dan tentulah lebih menarik bila bersama dengan orang yang memang kita suka ye dakkk. orang tua pun turut gembira bila saya berkahwin, tak payah pening kelapa tak lelap tidor malam nak memikirkan mana gerangan anaknya ni. saya memang selalu kena kawal, setiap hari asyik kena jejak kasih je. sekarang ni semenjak dah kawin, adalah jugak jejak kasihnya tapi more bertanya khabar. lepas tu bila saya tak jawab telephone call diorang, dah ada pulak talian hayat yang lain untuk dihubungi...call Faizal lah sapa lagi.

Selalunya bila kita bercinta sebelum berkahwin ni, perkara yang paling penting sekali adalah batas2 pergaulan antara pasangan tu sendiri cthnya;

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan
2. Menjaga maruah dan harga diri masing2...don't so cheap lahhh weiii
3. Berdoa dan menunaikan solat hajad supaya percintaan yang dimiliki di redai dan diberkati Allah
4. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah di larang sebelum perkahwinan.

Point no4 tu memang payah sikit babe, memang lalai jer tang situ adoiiii...baik2 jangan pulak nanti glamor dekat muka depan harian metro.

4 comments:

Anis Azalea said...

harian metro tu harian terlampau.

Ann Ishak said...

kannn...kadang2 tu memang rasa tak nak baca pun

Mimy Hamid said...

kalau dah tersurat itu jodoh...terima kebaikan dan keburukan

Ann Ishak said...

ada pro dengan kontra nya