Friday, March 4, 2011

Langkawi Day 3 : Breakfast Time

As usual pagi ni kita tayang makanan pagi untuk hari ni. menu masih sama macam hari2 sebelum ni, buah (kali ni makan limau pulak), coklat, bliss...cuma kali ni ada extra ubat batuk. aku masa ni tekak dah rasa semacam, peritnya kemain lagi. mungkin sebab penangan cuaca panas terik dekat sini kot.

Masa pagi ni jugaklah aku sibuk nak menghupdate blog, check FB, yang penting sekali check email, yang penting2 je berlayan. yang tak berapa nak penting simpan siap2 masuk achieve folder dulu. lepas balik cuti nanti baru respond.

Antara sebahagian barang2 yang aku beli semasa dok pusing2 dengan Oriental Village of Langkawi semalam. most of the thing adalah household. sumpah memang aku suka sangat membelek barang untuk rumah ni, dapat pulak tunang (skang ni dah jadi laki) yang mempunyai minat yang sama. memang menjadilah aksi belek2 berkenan masuk bakul je.

sarung bantal

table runner

Masa untuk reveal tempat tinggal kami sepanjang 5 hari di Langkawi. taraaaa...kami tinggal dekat motel ye weh. motel ni jugak yang kami tinggal setahun yang lepas...recommended by Faizal friend's. motel ni terletak dekat Pantai Cenang, yang dah memang menjadi fav tempat kami berdua. malam2 tempat ni memang tak mati...ramai jugak mat minah saleh tinggal dekat sini. motel kami ni rumah kembar 2. rumah ni rm50 untuk semalam. sapa2 yang plan nak ke Langkawi dan nak tinggal dekat motel yang sama aku tinggal ni, haaaaaa mai aku bagi details;

AB Motel
Pantai Cenang
Tel: 604 955 1300

Rumah yang bergantung dengan kain baju penuh depan rumah tu, dah semestinya rumah ku. rumah yang kosong je dekat depan tu, rumah Faizal pulak. kami berjiran tapi mamat ni memang dengki nak ampai baju dia dekat depan rumah aku jugak. alasan hebat, depan rumah aku ada mak saleh 2 orang tinggal. so whattttttt

No comments: