Tuesday, March 22, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting

Orang kata air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum/mandi dengan air tasik tersebut. tak taulah, tapi pulau ni pun memang penuh dengan misteri dan mitosnya. banyak sangat versi cerita lagenda tempat ni, dan yang paling terkenal sekali cerita pasal agenda Puteri Dayang Sari.

Sedang naik bot ni untuk pegi ke PDB tu, our tour guide tu lekalah bercerita tentang kisah kejadian pulau ni. seorang puteri dari kayangan suka sangat mandi dan bermain dekat sini. seorang putera raja, Putera Teja telah terjumpa dengan Puteri Dayang Sari yang leka bermain di tasik tersebut. punyalah agaknya putera tu terpegun dengan kecantikan puteri tu lalu terus jatuh cinta pandang pertama gamaknya. puaslah putera raja ni menjual ayat2 jiwang dengan lagu2 jiwang, tapi nan ado dilayan puteri tuh.

Dah abis segala usaha untuk memikat hati puteri tu, sampailah putera ni pegi berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapatkan khidmat nasihat. nasihat dari cerdik pandai ni suruhlah putera tu membasuk muka dengan air mata puteri duyung. dengan tak semena2 Puteri Dayang Sari tu terus jatuh hati dekat Putera Teja ni dek kerana ketampanannya. sebelum ni dia tengok tak tampan kot.

tengok tu...memang nampak macam perempuan mengandung kan...

Selepas puteri ni berkahwin dengan Putera Teja, Puteri Dayang Sari telah mengandung tapi kandungannya telah mati ketika dilahirkan dan tetiba puteri merasa dirinya telah di tipu. Puteri telah mengkebumikan anaknya di dalam tasik itu dan dia kembali ke alam kayangan dan tak pernah kembali lagi ke tasik tu.

Cerita ni dari versi abang tour guide kitorang...tak taulah kalau korang dengar versi lain pulak...alahaiii

Jauh jugak kalau nak pegi ke pulau ni, dari Pulau Langkawi ke Pulau Dayang Bunting ni lebih kurang 30 to 45 minit dengan bot dan fee nya pulak rm25 per person. kalau nak pegi pulau ni janganlah pulak korang nak pakai kasut lawa yer...pakai jer selipar jepun ke apa2 lah yang boleh kena air masin punya. dekat pulau tu pulak kita kena naik turun bukit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting tu. untuk aku yang memang tak berapa nak advanture bab2 mendaki ni, memang semput weh.

Cuma dinasihatkan, janganlah korang bawak barang yang di letak dalam plastik bag, sebab plastik bag tu akan menarik perhatian kera2 yang ada banyak dekat pulau ni. memang banyak ko...kera dekat sini. memang sepanjang perjalanan dalam pulau ni korang akan nampak kera sesaja. kera2 ni suka dengan plastik sebab apa tau...sebab dia tahu dalam plastik bag tu mesti ada makanan. kera2 tu akan makan apa saja yang ada dalam plastik tu sampaikan gula2 pun selamba je kera tu bukak makan. tu korang tengok dekat tangan kera tu, dah dapat sepeket gula2 yang berjaya di rampas dari seorang aso yang sama kumpulan dengan aku. siap kera tu main kejar2 lagi dengan aso tu...ngeri pulak aku ngengoknya. mujur kitorang memang tak bawak apa2 makanan waktu tu, cuma kitorang bawak botol air mineral jer. botol air, kera tu tak teruja pun.

2 comments:

Mimy Hamid said...

tobat tak mo naik sini lagi..pancittttt...dah la kera byk..tp nak gi bulan 5 balik..adehhhhhhhhhh....sumer suh naik...

Ann Ishak said...

boleh punye...bukit Dusun Eco pun dah di tawan kannnn