Thursday, March 10, 2011

Why you look so sad

Dulu aku selalu nampak kakak ni tapi yang pasti tak penah sekali pun nampak dia senyum. Muka memang penuh kesedihan. Tak tau kenapa?!! Nak tanya tu of course tak, aku bukannya kepoci punya orang. Layankan ajalah peranginya tu. Manalah tau kot2 tu memang diri dia sendiri.

Satu hari tu pulak adalah terdengar orang bercerita, biasalah dalam dunia ni mesti ada kepoci kan. Kalau tak, takkan ada gosip2 panas berita sensasi. Aku pun taklah menyampuk cuma tumpang dengar jugak sebab diorang bercerita pasal kisah kakak tu. Memang aku agak teruja jugak nak tau pasal kisahnya. Rupa2nya dia dah kehilangan suami. Bukan bercerai okay tapi suaminya dah meninggal dunia setahun yang lepas akibat silent killer (heart attack).

Patutlah aku asyik tengok dia sedih je. Dia pun boleh dikatakan muda lagi, baru late 30s je tapi dah jadi balu. Tak sanggup aku nak bayangkan macam mana dia nak besarkan anak 2 orang tu tanpa suami. Anak2 kecik lagi, yang 2nd tu pun belum 6 bulan lagi usia masa arwah meninggal. Besarkan cabaran hidup dia, seorang balu nak menanggung anak2 sorang diri. Nasib keluarga banyak membantu dari segi tolong menjaga anak2 masa dia bekerja.

Tapi sekarang kakak tu dah mula ceria kembali. Pengalaman mengajar kita erti hidup kan. Dia selalu pesan pada aku...(sekarang ni dah rapat) "hargai seseorang tu semasa hayatnya ada, supaya tak menyesal bila kita kehilangannya nanti". Pikir2kan lah...

No comments: