Sunday, April 10, 2011

FB dan silaturrahim


Wahhh sekarang abang aku yang very the sophisticated tu pun dah ada account FaceBook (FB).

"Biar betik dia dah ada FB skang ni?!!!"

"Betullllllll, memang betul. cuba ko check FB ko, mesti dia ada add ko punye..."

Sekali cousin aku pun jerit sama, macam tak percaya yang abang aku sendiri sekarang dah ada FB.

Aku dengan jerit2 pegi bagi tau kakak aku, kakak aku pun pulang balik ayat abang aku dolu2 sebelum ada FB lah...FB ni budak2 je yang guna. ambik ko, tadah jelah telinga kan. memang kelakar tengok gelagat semua ahli keluarga bila masing2 macam tak percaya je yang abang aku ni boleh terjebak ada FB jugak. kitorang adik beradik yang lain pakat ngata yang account FB dia ni mesti anaknya yang tolong buatkan muhahahaha.

Teringat kali pertama aku ada account FB, masa tu jugak orang pun dah ramai yang ada FB. lepas approach dari kawan2, aku pun bukak account FB ni. orang yang pertama sekali menjadi penghuni tetap adalah BFF akulah sapa lagi. sebelum aku terlibat dengan FB ni, aku lebih cenderung menggunakan MySpace yang memang famous lah kala tu gamaknya. yang bestnya FB ni, dah kata BFF antara rakan2 terawal memasuki kotak friend tu kan, selalulah gamaknya menghubdate status walhal masing2 waktu kalau tak salah aku, still under one working roof. masa satu office taklah rasa sangat, tapi bila sudah berlainan semuanya, tu diaaaaaa barulah terasa betapa pentingnya kita kena respond dengan status kawan2 kita kan. BFF aku sekalian, aku memang baca status korang tau, cuma aku la ni jarang on FB, just hp update saja. ingat selalu, aku sentiasa menghargai korang.

Melalui FB jugak, aku boleh terjumpa dengan ex bf lamo2 dolu. yang pasti bukan aku yang mencari tapi dia yang mencari dengan senang dalam FB ni jugak. bila dah jumpa terus je nak meng add pulak kan. aku ni dengan tak terfikir panjang apa2 terus je gatal tangan accept request tu. ada hai hoi nya jugak dalam PM tapi malaslah nak panjangkan. cukuplah sekadar melihat perkembangan, tapi bukan mengganggu perhubungan ye.

Pada aku FB ni penting untuk ahli keluarga seperti aku ni yang mempunyai keluarga yang besar dan bersepah2 serata tempat. penting untuk update perkembangan anak2 buah yang bersepah jugak dalam negara dengan luar negara. penting jugak kawan2 aku yang memudahkan kita berhubungan walaupun jauh di mata bak kata orang tapi tetap dekat di hati. buat masa ni aku hanya accept request daripada orang yang ku KENAL sahaja. yang tak kenal, tetiba nak menjual, melelong bagai tu, sorry naik lori ye. cuma tak nak terlalu taksub sangat dengan FB ni sampai nak pegi toilet pun nak kena sebut ker.

No comments: