Monday, April 11, 2011

Ingin tersenyum...tapi masih menangis

Lama rasanya tak bukak blog ni...bukan sebab dah takda hati nak menulis lagi tapi diri macam hilang semangat yang selama ni sentiasa ada dalam diri. baru sekarang rasa sangat kosong, sangat kehilangan yang tak dapat di cari ganti lagi.

Hari ni genap 8 hari ayah pergi tinggalkan kami semua. kehilangan yang tak penah terlintas pun di hati. pergi yang memang takkan kembali lagi...walaupun masih teingat lagi lambaian dia sebelum masuk departure area. yang pasti aku tak bersedia lagi dengan kehilangan ni. memang tak bersedia lagi.

4/4/11 - hari2 aku macam biasa, takde apa yang berubah cuma yang aku ingat pagi tu masa nak pegi keja...hujan turun memang lebat. sampai tempat kerja macam biasa lambat sikit sebab bila hujan lebat, jalan kereta start tersenggut2. lagi takde apa perubahan jiwa berlaku dalam erti kata lain, takda tanda2 hati tak sedap ke apa.

1145am abg ipar telephone banyak kali tapi aku tak angkat (in silance mood) sebab waktu tu aku dalam bilik meeting. aku cuma sms inform aku dalam meeting and nanti call balik. lepas tu terus dapat message yang membuatkan aku rasa hilang arah, hilang semangat, sampaikan aku boleh duduk termenung memikirkan betul ker message yang aku dapat ni.

"Adek...sabar banyak2. Abg ada berita ni. Ayah telah meninggal dekat Mekah."

Lepas tu aku terus duduk dalam bilik meeting tu tapi fikiran dengan perasaan dah tak tertumpu pada apa yang ada dalam bilik tu. selepas 10 mins baru aku keluar dan kebetulan abg ipar telepon semula. kali ni barulah aku rasa macam kembali ke dunia asal, baru aku rasa air mata dah tak berhenti mengalir. aku call kakak tapi dia pun menangis, aku call abg pun menangis jugak. baru aku yakin yang berita ni benar. akhirnya ayah pergi tinggalkan kami semua.

Kali ni ayah memang betul2 gembira sekali bila dapat menunaikan umrah dan dalam masa yang sama tahun ni dia dapat panggilan haji sekali lagi. selepas aku berkahwin, dia akan menunaikan umrah dan ini memang niat/hajat dia selama ni. aku anak perempuan yang bongsu dalam keluarga dan yang terakhir sekali kawin. aku kawin pada umur 32 tahun dan memang wajarlah dia gembira sekali bila akhirnya aku kawin jugak dengan pilihan hati sendiri dan memang mendapat restu dari ayah jugak.

Selepas 3 bulan kami kawin, ayah dah tetapkan tarikh untuk pergi umrah. memang dia gembira sangat2 nak pegi ke sana. sebelum pergi tu sempatlah ayah menempah gigi palsu yang baru nak gantikan gigi palsu yang lama. buat medical check up sekali sebab ayah memang ada masalah paru2. tapi semuanya memang baik2 belaka, takdelah masalah untuk dia menunaikan umrah kali ni.

sehinggalah waktu hari nak berangkat, kami semua menghantar ayah sampai ke KLIA. waktu ni dah perasaan yang ayah kurang bercakap dan tak berapa nak melayan kerenah cucu2nya. tapi yelah, setiap apa yang aku dengan adik beradik rasa pelik tapi tak terluah pun waktu tu. macam di kunci je mulut ni untuk berkata. hati tu cuma berdetik, tapi hilang macam tu je lepas tu.

Kami semua menemani ayah sampailah dia masuk balai berlepas, sampailah bayang hilang, barulah kami balik. memang masa ayah pergi umrah, dia berada dalam keadaan yang baik sekali. baju2 sejuk dengan ubat semuanya ada di bawak sekali. dah memang jadi tradiri, kami adik beradik akan mengemas bag ayah sama jugak masa dia nak pegi menunaikan haji dulu. untuk nak pastikan semuanya dia bawah bersama, tak mau nanti ada yang tertinggal kalau ayah yang berkemas sendiri.

Tingallah kami semua anak2nya takpa menyangka inilah pertemuan terakhir buat kami semua. genap seminggu lepas ayah pergi ke tanak suci, ayah tinggalkan kami semua, tinggalkan kami semua tanpa ada pesanan. ayah tinggalkan kami tanpa ada tanda yang boleh kami lawat, ayah tinggalkan kami tanpa sempat kami lihat wajah ayah yang terakhir. ayah tinggal kami di saat dia jugak sendiri.

Aku tetap bersyukur kerana ayah antara insan yang terpilih untuk meninggal di tanah suci Mu. terlalu ramai manusia yang memang memasang niat untuk meninggal di sana tapi hanya golongan yang terpilih sahaja yang mendapat restu dariMu. ayah di mandikan dan di sembahyangkan di Masjidil Haram dengan beribu2 orang mengaminkannya. Ya Allah besarnya rahmatMu kepada roh ayahku. hanya doa Al Fatihah sahaja yang mampu aku beri. hanya kenangan yang mampu aku simpan dan kenang sepanjang masa.

Baru kini aku sedar yang aku akhirnya seorang anak yatim piatu. Ayah pergi di saat segala tangguhjawabnya kepada keluarga selesai. ayah pergi di saat rukunnya lengkap.

YaAllah, peliharalah rohnya dengan sempurna. tempatkanlah rohnya dekat dengan Mu yaAllah. jauhkanlah dirinya dari siksa kubur. ampunilah segala dosa2nya sepanjang hayat hidupnya. yaAllah kuatkan semangat ku untuk meneruskan hari2 tanda dia. Amin...

3 comments:

NeenaAnuar said...

menangis aku beb baca entry nie...

Ann banyakkan bersabar yer.. aku paham sangat perasaan kehilangan org yg tersayang.. lagi sedih biler berada dlm keadaan ko yg tak berada disisi arwah sewaktu di menghembuskan nafas yg terakhir.. sabar yer beb!

semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. ~al-fatihah~

Mimy Hamid said...

sedihnya entry ni...sabar ek kak ann...nangis la sepuas hati andai ianya boleh mengubat kerinduan...i love u

Anis Azalea said...

sedih aku baca. aku tahu erti kehilangan. sebab itu aku mesti lebih menghargai dengan apa yang aku ada sekarang.