Tuesday, April 12, 2011

Kawan baik vs kawan biasa2 aja

Dah tentu penah rasa dapat kawan baik...baik dari segala segilah kiranya. tapi penah tak terfikir, berapa baik sangat pulak kawan baik tu dekat dengan diri kita sendiri. mungkin kita ikhlas dengan persahabatan tapi mungkinkah kawan baik kita tu pun ikhlas sama.

Kawan biasa lebih kepada yang sedang2 ajelah. taklah terlalu masuk dalam urusan luar dalam kita sebagai kawan. tapi betulkah sekadar kawan biasa tapi mengetahui lebih dari kawan baik. kawan biasa cukuplah sekadar bertanya khabar atau sapa sesama sendiri bila berselisih. pasti kita akan berhenti untuk bertegur sapa sambil salam bersalaman bila bertemu andai itu kawan baik.

Hari ni aku rasakan kawan baik tu macam dah bertukar menjadi kawan biasa2 je. adakah kerana terlalu banyak sangat drama yang dibuat atau lebih sakit hati lagi hanya kerana perbuatan dengan kata2 tu macam seiring dengan sikap sebenar.

Kawan...sebelum nak buat atau berkata sesuatu tu, sila fikir dulu baik buruknya. jangan buat perkara yang membuatkan kawan yang lain rasa sakit pulak. ya, mungkin tindakan atau tutur kata tu untuk kebaikan and so on tapi kenalah dengan caranya dulu.

Renung2kan dan selamat beramal

2 comments:

Mimy Hamid said...

is about her that we talk in the morning yet..??

Ann Ishak said...

guess who...