Saturday, April 2, 2011

Langkawi Day 4 : Free & Easy

Port wajib aku dengan Faizal setiap kali datang ke Langkawi ni...Pantai Pasir Hitam. aku bukannya pegi dekat tempat pasir hitam tu tapi ala2 dekat2 situ jugak. petang ni memandangkan activiti mendaki Gunung Raya di batalkan atas sebab2 dah tak larat nak mendaki pun, so proceed je aktiviti makan laksa lagi. aku memang menggila makan laksa dekat sini, perhhhhh memang sedaplah.

Mamat ni taklah kemaruk sangat nak makan laksa ni cuma dia menemankan aku makan je...sedap pulak kan tengok orang makan, terus dia pun order satu mangkuk. tapi rupa gitulah dia makan, terkulat2 gamaknya. sudahnya aku jugak yang ngabiskan jugak tapi takpa...memang abis pun aku makan.


Syok sangat makan sampai terkunyah cili padi ko...kelang kabutlah Faizal mengorder bercawan2 air bagi hilang pedas. ni baru kata makan sampai berdesing telinga teman weh. cili padi tu...

Tak berhenti jugak aku makan walaupun masa tu rasanya ayak mata dengan ayak hidung memang mengalir deras je keluarnya. tisu standby untuk mengelap, jangan menitik masuk mangkuk sudehhh.


No comments: