Thursday, April 21, 2011

Langkawi Day 5 : Sayonara Langkawi

Dah seminggu masa berlalu dekat Langkawi ni, masa untuk kembali telah tiba. sedihlah pulak, rasa macam nak tinggal sini terus...tapi boleh ke. eh dekat sini takde port okay, yang ada jeti kecik je so jangan nak berangan pun kalau boleh transfer tu ha dekat Pasir Gudang. haiyoooooooo takmolah.

Sampai airport, tinggalkan kereta sewa dekat parking lot sahaja, nanti taulah owner tu datang pick up. kunci pun tinggal dalam kereta je, memang cara penyewa dekat sini kot, so taklah all the time kena ada dekat airport je kan. since ada masa lagi sejam, bolehlah duduk dulu sebelum check in. thank God ari ni flight tak delay.

Pegi kemainlah lenggang mak limah memasing, tapi balik dah jadi macam ni pulak. memang nangis nak angkut barang2 ni semua tapi takpe janji happy dapat belikan. next time i shopping2 lagi yok. beg kotak tu semua masuk kargo tapi sebelum tu kena bawak pegi wrap dulu coz semua dalam tu ada barangan kaca. memang harus lekat sticker FRAGILE. tak kalu nanti nangis susah pulak. back pack tu kita hand carry saja coz dalam tu pun ada barangan kaca yang aku sumbat hak kecik tu. recycle bag pun hand carry jugak.

Sementara nak tunggu check in, kita check in dulu dekat tempat wajib pegi kami bersama. bukannya sebab nak dapatkan WiFi free ye sebab aku memang akan membawak my broad band bersama kemana2 saja.


Masa ni memang aku sorang je, Faizal dah hilang dekat mana tah aku pun tak tau. katanya nak cari barang lagi, uisss memang kuat shopping mamat ni.

No comments: