Tuesday, April 5, 2011

Luruskah Hidup Kita

Pembaris dengan kehidupan kalau dikaitkan memang akan ada kaitannya lengkap dengan ciri2 yang terdekat pada sebatang pembaris tu sendiri. sifat pembaris tu macam biasalah lurus menegak panjang pendeknya, siap dengan nombor ikut kiraan CM and Tenth nya. dah tentulah kiraan nombor2 tu memang berbeza ukurannya kannnnnnnn.

Pelik jugak kan, napalah kita nak di samakan dengan pembaris pulak, walhal pembaris tu merupakan satu benda sedangkan kita adalah manusia yang mempunyai segala kelebihan kalau nak bandingkan dengan sebatang pembaris. cuma yang menyamakan kita dengan sebatang pembaris tu adalah sifat lurusnya. dalam kehidupan kita, kita digalakkan mengamalkan atau melalui jalan yang lurus dan di redai oleh NYA sahaja. jangan nak pandai2 kona kiri kanan pun...nombor2 pada pembaris tu pulak sama je dengan usia kita, makin lama usia kita, makin panjang jugaklah pembaris kita tu nanti.

Cuma kena sentiasa beringat dengan diri sendiri, kena resmi pembaris...kenalah kita ni berpandukan anjuran Islam yang menyuruh kita mengikut ajaran yang lurus gitu. sifat pembaris jugak mesti datang bersama nombornya sekali. takdanya pembaris tu korang beli kosong tanpa nomborkan. untuk kehidupan, kita tak tau dekat nombor mana atau garisan mana, rezeki, jodoh maupun ajal kita akan ditentukan nanti dan itu bukan kerja kita pun. macam aku, sekarang ni baru aku tau pada angka 32 barulah aku berkahwin sedangkan aku start kenal mengenali 5 tahun yang lepas. tu pun dah kira memang jodoh, buatnya bukan jodoh aku...tak tau pulak berapa lama lagi aku harus mengira ke angka.

So janganlah bimbang, setiap orang memang dah ada pasangannya, cuma lama atau sekejab tu yang kita tak pasti lagi atau mungkin dah memang ada depan mata cuma kita yang tak sedar akan kehadirannya. sama jugak dengan rezeki kita, sekarang mungkin kita tak sesenang orang lain tapi bersyukurlah sebab kita masih lagi mampu lengkap makan pakai segala cuma tak semewah je. manalah tau selepas ni hidup kita pun akan mewah jugak cuma sekiranya suatu hari nanti kita dikurniakan harta yang melimpah ruah, jangan pulak lupa diri, menyombong bongkak tak tentu pasal. ingat ada ramai lagi yang berharta lebih atau lebih banyak lagi dari kita...so jangan riak.

2 comments:

Anis Azalea said...

betul kata kau.

pembaris kehidupan. best statement ko.

Ann Ishak said...

biar jalan hidup tu sama lurus dengan perbaris...takde bangkang bengkoknya