Sunday, May 8, 2011

Giliran kakak sulung pulak pergi menunaikan Umrah

Arwah ayah pergi menunaikan umrah pada 26/3 yang lepas, belum genap sebulan pemergian ayah di sana...sekarang giliran my sista pulak menunaikan umrah pada 30/4 yang lepas. jugak merupakan kali ke 2 kami semua adik beradik berkumpul lagi dalam bangunan KLIA ni. dari keluar rumah sehinggalah sampai ke sana, aku dengan Faizal memang tak berbunyi pun. aku memang akan sentiasa mengingati arwah ayah setiap kali kaki ni menjejakkan kaki dekat sana. terasa seolah2 baru je nak menghantar dia pegi umrah. Faizal pulak seperti paham je yang aku memang teringatkan dia, terus biarkan saja bininya ni melayan perasaan sendiri. air mata masa tu memang dah bertakung mengalir...rindunya.

Faizal bersama anak buah dengan birasnya

Aku pulak bersama anak buah jugak...memang meriah keluarga ni dengan perempuan yang ramai berbanding anak buah lelaki. sambil menunggu panggilan masuk, duduk2 lepas je dekat M Counter.

My sista akan menaiki Qatar Airline, arwah ayah ari tu naik Brunei Airline. and flight di jadualkan berlepas 1030pm. waktu ni pulak baru lepas waktu maghrib. aku dengan Faizal je yang terakhir sampai tu pun dah 7pm, yang lain2 tu lagi awal gamaknya.
Ini dia my sista yang akan menunaikan umrah bersama dengan BIL mengikuti rombongan dari Felda Travel. kami ni kan keluarga felda, arwah ayah merupakan peneroka felda and my BIL pulak memang pegawai berpangkat besau dekat Felda...so memang tak larilah dari felda ni. my sista memang tak sabar nak pegi umrah kali ni coz dia nak tengok sangat arwah ayah dekat sana. walaupun cuma padang luas je takda takda apa2 tapi hati tu memang kuat nak sangat ke sana.

Umrah kali ni merupakan umrah pertama selepas haji untuk my sista dan BIL. untuk arwah ayah pulak merupakan umrah pertama selepas haji juga and kalau umurnya panjang tahun ni merupakan haji yang ke 2 untuk arwah.

2 comments:

Mimy Hamid said...

selamat pegi selamat kembali kakak n abang

Ann Ishak said...

amin