Sunday, May 15, 2011

Johnny's Steamboat

Plan asal nak makan ayam golek dekat PD tapi sayang tutup pulak tempat tu. dahlah semata datang PD tapi takde reseki nak buat macam mana. nak terus balik KL semata nak makan, lebih baiklah singgah Jusco S'ban 2 saja. dekat sana kami laki bini dinner dekat Johnny's Steamboat.

Faizal kali ni nak pilih sup biasa je katanya...asyik pekena tom yam, kita tukar selera pulak. not too bad, sedap cuma taklah pedas. perut mamat ni tak berapa elok sangat sejak dari semalam (banyak sangat makan masa tahlil tuh), tu yang memang meriahlah kalau dapat sup panas2 nih.

Sambat ni memang sedap sangat...ada rasa masam masin pedas sudah tentu tapi taklah berapi sangat. sedang2 eloklah untuk orang yang tak berapa nak pedas sangat tu. aku pulak pegi ubah resepi sup tu, suka taruk sambal tu sikit dalam sup, baru rasa upppppppppp sesuai untuk hirup2.

Special yam dessert tapi aku rasa biasa2 je...agaknya bila taruk dengan sagu mata ikan tu yang buat jadi special kottttt. kali ni dua2 baik, order warm water je tapi kena banyak rm0.50 untuk air suam...membunuh dekat situ.

Tempatnya agak sempit, lepas tu kami dapat tempat yang ujung sekali...adoiiiiii memang tak berapa selesa. ini adalah dekat JJ S'ban 2 ye, tempat lain mungkin tak macam ni agaknya.

Steamboat menu di datangkan dalam bentuk set. ada beberapa jenis set yang boleh di pilih ikut suka hangpalah nak berapa banyak kan. setiap set tu nanti adalah pilihan lauk yang dah IN dalam menu tu tapi jangan risau, boleh jugak nak add on lauk lain tapi lain harganya for every tray yang korang order. dekat sini takde konsep "eat all you can" yooooooo.

Masukkan satu2 segala jenis lauk yang ada. stail aku kalau makan steamboat ni, tak suka masukkan banyak benda dalam periuk tu. maksudnya apa yang di makan je masukkan dulu. kalau dah masak tu angkat lepas tu taruk benda lain pulak. ala2 sambil makan sambil merenek jugaklah bahan2 lain. barulah mood tu sentiasa IN sebab non stop menyantap. lagipun kalau lama sangat dalam periuk pun tak best jugak nanti, mau udang tu keras kejung jadinya.

Total dinner malam adalah rm59.05

7 comments:

aesh came said...

since u mention johnny's ..huuu nostalgia pulak..dh lama x g..last time was when i was still in highscholl.haha how long ago was that... (^^)

Mie said...

Pernah ke Johnny Jusco Bukit Raja, Klang ngan family.. qiute costly. Anyway salam kenal...

Mimy Hamid said...

teringat lagu indon abg johny hahaha...tak suka sgt johny tp klu menu ala carte dia mcm nasi goreng tu sedap gak tau..

Ann Ishak said...

aesh came - dah berapa lama pulak tu, please try again...this time maybe ada menu yang u suka

Ann Ishak said...

mie - memang pun, lagi best kalau ambik ala carte je

Ann Ishak said...

mimy - yang tak best dari segi harga je...tak menahannnnn

CT said...

Sedap tuh....