Tuesday, May 10, 2011

Kisah sukan sekolah

Asal petang je mulalah berkejar2 tengah padang buat latihan panaskan badan walaupun waktu tu memang tengah panas terik. masa sekolah mana ada istilah nak jaga kulit. lagi lama duduk berjemur bila masa dah nak hampir pertandingan. acara kegemaran waktu tu dah semestinya acara balapan, acara padang ni ada jugak ikut kemampuan. acara padang pulak aku suka masuk itu lompat jauh, lempar cakera dengan lembing. itu lompat tinggi memang takkkk lah...aku ada sikit takut dengan itu palang besi wooooooo.

Walau macam mana pun, acara balapan tetap jadi pojaan hatiku. setakat 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m tu memang sap sapppppp soiiiiiiii la. yelah tu dulu badan ringan melayang, senang je takat lari pecut ni, cuba sekarang...mau pancit pitam mak oiiiiiiiiiiiiiiii. banyak jugaklah menangnya dan ada jugak kalahnya. piala2 tu semuanya masih ada lagi dalam display cabinet dekat rumah arwah ayah. arwah ayah yang rajin menyimpan semua piala2 tu, abis semua piala anak2nya dipudat simpan dalam cabinet tu je. arwah ayah memang seorang collector, selain dari setem (yang ni aku memang mengikut sangat), duit2 lama, lencana sekolah yang jenis besi tu, piala sukan anak2 jugak di simpan, buat kenangan katanya.

Masa zaman sekolah tu pulak, dari sekolah rendah sampai menengah memangnya aku dapat rumah merah je. sekolah aku dulu tu, kalau nak tau orang tu rumah apa, just tengok name tag yang orang tu pakai. kalau merah, merahlah rumah dia...samalah jugak dengan rumah hijau, kuning dan biru.

Tapi sedihlah, budak2 jaman sekarang ni...macam anak2 buah aku selalu kata...asal sukan mesti boring. tak paham tang mana pulak yang boringnya. zaman aku dulu kalau suruh turun bersukan dekat padang tu, bergumpitalah jiwa tapi budak2 sekarang ni, nak turun padang siap berpaksa pulak. aku ada 1 kakak 1 abang dengan 1 SIL yang jadi cikgu tak kira rendah ke menengah sama je. kalau yang turun padang tu pulak...alahaiiiiiiiiii macam nak tolong gantikan dia berlari. rasanya laju lagi aku ni berjalan kot....tu kata kakak akulah. mungkin tu segelintir saja yang tak suka bersukan kot, mesti ramai lagi yang memang sport lover nih. cuma mungkin diorang ni dapat student yang tak berapa nak minat sukan agaknya. dekat rumah aku tu ha, depan sekolah lagi, setiap petang ramai ke dekat padang tu, ada yang main bola sepak lah, lumba lari lah...elok je.

2 comments:

Mimy Hamid said...

i hate sport..heheh tengok body le

Ann Ishak said...

i lokeeee