Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie

Aku bukanlah follow sangat cerita ni dari awal masa tayang dekat TV3 tu tapi mula follow tanpe culas masa pertengahan cerita sampailah akhir. Memang tak mengecewakanlah, mesti wajib tengok setiap hari jumaat 9pm. Kalau terlepas tu, tak sabar rasanya nak call kengkawan yang memang follow cerita ni, al kisahnya nak tau apa yang terjadi seterusnya kepada Nur dengan Adam.

Kalau dah follow drama, sudah semestinya kena tengok pulak movie nya….haruslah kannnnnnn. Cerita yang mempunyai bilangan penonton yang paling tinggi di harap mampu setanding dengan kutipannya jugak untuk movie ni nanti.

Dengar ceritanya watak Aidil sebagai seorang bapa tunggal kepada 2 cahaya mata selepas kematian isterinya, Alia. Lepas tu pulak watak Sara yang memang jahat dengki dengan kakaknya, Nur tu takda dalam movie ni….adusssssssss itu sebenarnya kekuatan yang aku nak tengok sangat.

Tapi tak tau lagikan jalan ceritanya. Tak sabar nak tunggu 19 Mei sebab movie ni mula di tayangkan di seluruh pawagam. Mesti penuhlah pawagam besok. Apa2 pun sanggup ku redahi demi nak tengok sekuat mana keteguhan cinta antara Nur, Adam dan Aidil.

2 comments:

Mimy Hamid said...

megat takmo nengok kata nya slow...alahai

Anis Azalea said...

idakle aok menengoknye