Wednesday, May 25, 2011

Project montaj + pre-wedding bermula

Sekarang ni kan memang dah jadi trend kot kalau nak kawin mesti kena ada pre-wedding dengan montaj masa nak kawin. klu takde itu dua benda macam tak urban orang kata. itu orang kata bukan aku kata, aku cuma mengikuti peredaran trend semasa je. dek nak ikutkan sama trend tu, dalam list wedding aku pun terlist jugak project ni. it's will be our sentimental value. mestilah kita nakkan kenangan sebelum mengtitlekan diri menjadi mrs nanti kannn. tak salah, as long as project ni still selamat bersama budget, bolehlah proceed.

Lokasi untuk project ni selepas tambah tolak bahagi sama rata, kita pilih untuk buat dekat Taman Tasik Perdana. awal2 pagi lagi sudah gigih untuk pegi taman, untuk mendapatkan mood waktu pagi ketika matahari terbit dengan cahaya yang cantiklah gamaknya. aku dengan Faizal diarahkan untuk memakai pakaian yang bewarna cerah2 untuk kelihatan kontra dengan alam sekeliling.

Mujurlah ada kawan yang memang buat kerja2 gini, so terus je appointed untuk project ni jugak. tengoklah dengan segala barang yang diangkut sekali ke dalam taman ni. tema for our montaj dengan pre-wedding adalah "Fairytale". so memang ada banyak belon2 dengan buih2 sabun beterbangan.

Lepas abis selesai je project kawin tu, kami buat project pecahkan belon pulak :) masa yang kami teruntukkan untuk project ni dari awal hingga selesai dapat segala CD adalah 2 bulan sebelum tarikh nikah.

3 comments:

Mimy Hamid said...

isk isk ada prop belon lagi..cepat la uploaddd..nak tengok hasilnya

Ann Ishak said...

ahaks...sesungguhnya ai pemalu

Anis Azalea said...

nok dah 5 bulan ko kawen..apa laie jgn diperam..