Wednesday, May 4, 2011

Restoran Rose 911 - masakan nogori

Dah penat seharian mengisi info untuk e-filing, lepas tu pegi pulak LHDN untuk pengesahan pin number dan sewaktu dengannya. tak kira perut dah lapo sangat sebab puasa setengah hari. Faizal okaylah boleh kurus sikit, tapi aku rasa macam nak pitam pun ada ni.

Telek2 jam, hahhhhhhhhhhh patutlah lapo sangat...3pm rupanya. memang tahap rebana gendanglah perut ni berbunyi. orang sebelah boleh dengar babe perut gua berbunyi dalam LHDN tuh. uishhhhhhhh malu, terus je gua blah bila mamat sebelah senyum2. kebetulan Faizal pun dah settle, apa lagi....blahlahhhh.

Menu tengah hari laki bini ni hari

ayam goreng, masak lemak cili api rebung dengan masak lemak daging salai campur bacang (korang tau tak bacang tu ape?!!!).

laki ku pulak sama je lauk macam aku cuma takde ayam tapi ada sayur

benda paling wajib ada -- sambal tempoyak dengan sambal belacan. takde ni, tak complete hari ku

Kalu korang perasan semua lauk pauk ni originality from nogori kan. dah memang korang tau pun, ikut title tu kan. aku yang memang mempunyai darah orang nogori ni mestilah teruja nak makan dekat restoran ni. dokek yo dongan umah den tu ha...ala kek kg pandan. aleh2 tukar dialeg pulak yo, layan je lah.

koang tau tak kg pandan tu dokek mano. tak tau koang tengoklah mape http://www.freewebs.com/rose911/, mosti koang jumpo punyo. kodai makan ni pulak kek topi jalan yo...ngalo ko kari kepalo ikan tu ha. kalo terlopeh, ko pusing lah lai, mesti koang jumpo nanti. ceh ceh cehhhhhhhhh. kodai ni pulak bukak eh setiap hari kecuali hari minggu. jangan pulak maso tu ko berior nak cari kodai ni yo. cari hari lain selain hari minggu.

Adoiiiiii tetiba teringat rendang pucuk pegaga dengan siput sedut masak lomak cili api perhhhhhhhhh lopah tu pulak minum air jando pulang...kerangkat den kobakan. sapo2 yang memang minatlah makanan nogori ni, ni ha restoran ni memang tak mengecewakan. tak yolah kan nak poi somban semato nak makan masakan nogori. owner kedai ni orang Bahau, so sekamponglah kita kak oiiiiiiii.

Selain dari masakan, ada jugak kuih muih dijual sekali. tapi yang paling femes mestilah kuih badak berendam. badak berendam nogori lain sikit, lonjong yo lopeh tu buncit kek tongah2 ek. tak macam kl bulat2 cantik je. tapi aku tetap suka nogori punya badak berendam.

Bila sebut pasal kuih badak berendam ni, teringat arwah ayah. dia memang suka makan kuih ni. setiap hari dia akan beli sepanjang bulan puasa. kuih ni kalau bulan puasa senang nak jumpa, kalau bukan bulan puasa tu payahlah sikit. lauk yang aku ambik macam dekat gambo atas tu pun antara lauk kegemaran dia jugak.

rindunya aku dekat dia...Al Fatihah

4 comments:

Eri-chan said...

wah macam best jek....layannnnnnnnn..

Ann Ishak said...

memang tekak nogori, mesti nak cari masakan nogori jugak...cubalah babe. pasti tak menghampakan

Mimy Hamid said...

teringat pulak ada satu restoran kat nogori yang kita pernah terjah dulu..ingat tak...kat stadium...sama kedai ke

Ann Ishak said...

yang tu dekat seremban...yang dekat kg pandan je