Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Ibu

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu mertua ku (Fatimah Not), kakak2ku + SIL yang telah menjadi ibu dan kawan2 yang bakal menjadi ibu dimasa akan datang.

Agak kekok rasanya kerana untuk pertama kali aku menyambut hari ibu pada tahun ni. aku tak pernah sambut hari ibu seumur hidup ni tambahan pulak aku dah kehilangan ibu sejak 33 tahun yang lepas. dan aku tak pernah ada mak baru pun dalam hidup ni sepanjang tempoh tu. satu tempoh yang lama sehinggakan aku tak ingat macam mana kasih sayang seorang ibu. pada aku kasih sayang ibu dengan ayah sama saja sebab yang mengantikan tempat ibu adalah arwah ayah aku sendiri. dia menjaga segala makan pakai aku setiap hari, memberikan kasih sayang yang memang untuk aku sorang je sebab waktu tu hanya aku sorang saja anaknya yang kecik. adik beradik yang lain semuanya dah besar panjang. walaupun macam tu, aku tetap ingat dekat arwak mama (Jaharah Maarof)...Al Fatihah

Tahun ni selepas bergelar isteri kepada Faizal, aku tiba2 ada mak pulak. memang pelik rasanya, tambahan nak panggil perkataan mak tu sendiri. tapi nak buat macam manakan, takkan nak panggil makcik. mau pelik orang sekeliling nanti.

Tak tau apa nak buat pada hari ibu tu, kami laki bini pakat bawak mak minum petang dekat Secret Recipe (SR). memandangkan dah makan nasi dekat rumah (MIL masak sedap) sebab tau anak menantu balik ari ni...tu yang beria benar dia masak. dekat SR cuma makan kek je + minum air sedap tuh. mak cakap dia teringin nak minum air gelas tinggi tu, alahaiiiiiii

Present pertama dari menantu perempuan tunggal ni, ish taklah mahal sangat cuma balut je yang grand gempak ahaksssssssssssss. aku hadiahkan mak sepasang kain sutera untuknya. tak taulah menarik ker tak corak, ater ikut selera tekak anak bujang tunggal dia jugak. nak ikut selera aku nanti, mau warna merah menyala. bolehlah buat baju untuk raya nanti kan mak... nanti bila dah jadi baju, barulah boleh bergaya molek.

Sukanya mak bila dapat hadiah tuh. katanya hadiah pertama dari menantu perempuan tunggal ni ha. tak penah lagi dapat hadiah dari anak perempuannya sendiri sempena hari ibu...alahaiiiiiiiiii ipar2 ku. sila ambil hati mak anda ye.

3 comments:

Mimy Hamid said...

MIL dpt hadiah kain...yeayyy konpom syg lebeh..heheh...ai pun kalau balik ganu tak lupa bg kain...rasa nya dah tak tertempah dia..itu je yang kita boleh amik hati kan

Ann Ishak said...

yelah...mak2 ni suka bila dapat kain2. dia pun nak melaram jugak hihihihi

Eda Ahmad said...

untung mak mertua 'itu'...ini jawapan drpd 'adik ipar' y dimaksudkan.. : setahu saya, MAK saya a.k.a FATIMAH tak penah/dgn kata lain tak rajin hayat mak mertua 'itu' menerima hadiah/pemberian dari menantu'nya yang itu..