Saturday, June 4, 2011

1st HoneyMoon - Dinner time

Ada western restorant yang dekat tapi tekak ni tetap jugak nak makan steam fish. jadi kenalah cari jugak kedai makan yang serve steam fish. kita keluar sikit ke sempadan tganu dengan pahang. bunyi macam jauh je kan tapi alahai dekat je, lepas sikit tadi pintu gerbang nak masuk tganu dari kuantan. kedai makan ni banyak terdapat dekat area tu, jadi tak susahlah nak cari makan seafood pun.

menu

kailan goreng ikan masin

siakap steam asam pedas

tomyam campur...pun pedas berasap jugak. aku ni laki bini bukannya kuat makan pedas sangat tapi tulah kan kalau tak pedas, tak kick pulak rasanya. jadi nak jugak yang pedas berasap tu, baru terangkat

telur dadar - wajib ada

Ni je menu kami untuk malam tu, tapi makanan memang bestlah. memang kena dengan selera anak tekak kami ni. presentation macam biasa je. lepas makan terus balik je ke rumah. dari entry awal lagi takde aku mention kami stay dekat mana kan. okaylah, kami tak booked mana hotel pun untuk 1st honeymoon ni, tapi kami stay dekat my family house sahaja. memang aku plan nak bawak Faizal bercuti dekat family house ni aja, so nanti dia taulah dekat mana rumah keluarga Hj Ishak dekat terengganu ni.

Bila balik umah, mamat ni memang takda kerja lain selain tengok tv je. memang astro ada dekat rumah ni walaupun orangnya jarang ada. only weekend je baru anak2 ayah balik, ayah pun dah jarang balik sini masa hayatnya ada. dia lebih kepada negeri sembilan je, yelah dekat dengan anak2. sebelum ni, rumah ni kami biasa sewakan kepada foreigner yang datang bekerja sementara dekat terengganu ni. foreigner mana ada nak bawak perabut segala kan, bawak kain baju je...so rumah ni memang fully furnish sesuai untuk mereka.

4 comments:

zati embong said...

hihi.selamat berhoneymoon kak!

kak,g hneymoon kat pulau2 kat ganu plak la pasni.hihi

Ann Ishak said...

pulau2 takut pulak, mulalah hati tu teringat tsunami hihihihihi

Mimy Hamid said...

rumah ni terbaekkkkkkk...suka nengok

Ann Ishak said...

tima kacih dear